Strive Mardhatillah.....
 Hidup adalah mujahadah...

ReviewReviewReviewReviewBAJA MUJAHADAH..Nov 10, '07 5:16 AM
for everyone
Category:Other
Mujahadah bermaksud "berusaha untuk
melawan dan menundukkan kehendak Hawa
nafsu."

Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi
bersabda, "Seorang mujahid (iaitu
seorang yang berjihad) ialah dia yang
melawan hawa nafsunya kerana Allah."

Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit
Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa
nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar
ia mengikut kehendak Allah dalam setiap
perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan
seseorang akan mengutamakan perkara yang
dicintai Allah dan mengetepikan kehendak
peribadi.

Dal­am Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali
berkata, "Antara tanda kecintaan hamba
kepada Allah ialah dia mengutamakan
perkara yang disukai Allah daripada
kehendak nafsu serta peribadi, sama ada
dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu
seseorang yang mencintai Allah sanggup
memikul kerja-kerja yang sukar serta
sanggup melawan hawa nafsunya kerana
Allah.... Dia tidak akan sanggup
melakukan sesuatu yang maksiat.

Berhubung dengan ini Abdullah ibn
Mubarak berkata, 'Jika cintamu !benar,
kamu akan mentaatiNya kerana seseorang
yang mencintai sesuatu sanggup mentaati
sesuatu'."

Me­reka yang sanggup melawan nafsu ialah
mereka yang percaya kepada akhirat serta
hari pembalasan. Inilah kekuatan yang
ada pada umat Islam. Kepercayaan ini
menjadikan mereka golongan yang sanggup
mengetepikan keseronokan sementara demi
untuk mencapai matlamat jangka panjang
yang kekal abadi.

Denis Waitley dalam Empires of the Mind
berkata, "Saya berpendapat, salah satu
punca utama yang menyebabkan Amerika
bermasalah besar pada hari ini ialah,
rakyatnya begitu asyik dan ghairah (are
we in that category?) dengan keseronokan
jangka pendek dan melupakan kepentingan
jangka panjang."

Mereka yang bermujahadah sebenarnya
merupakan golongan yang mementingkan
kepentin­gan jangka panjang. Antara
perkara yang merangsang mereka untuk
mengutamakan kebahagiaan masa depan
ialah firman Allah dalam sebuah hadis
Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim yang bermaksud, "Aku (Allah)
telah sediakan bagi hambaKu yang salih
(nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh
mata, tidak pernah didengari oleh
telinga dan tidak pernah dirasai oleh
hati manusia."

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa.
Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa
berkata, "Takwa adalah hasil daripada
hidayah dan hidayah adalah hasil
daripada mujahadah. Justeru mujahadah
melawan hawa nafsu adalah titik
permulaan kepada takwa. Antara amalan
yang membantu usaha untuk melawan hawa
nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan
zikir.

Nabi ketika disoal tentang jalan untuk
mencapai syurga telah menjawab,
'Bantulah dirimu dengan banyak
bersujud'. Banyak bersujud bermaksud
banyak bersolat dan banyakbersolat
bermak­sud banyak berzikir dan membaca
Al-Quran."

Mer­eka yang bermujahadah akan mendapat
beberapa anugerah istimewa daripada
Allah berdasarkan firmanNya dalam surah
Al-Ankabut ayat 69, "Mereka yang
bermujahadah (yakni berjuang secara
bersungguh-sun­gguh) pada jalan Kami akan
Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan
Kami."

Ber­hubung dengan ayat iniImam Ad-Darani
berkata, "Mereka yang bermujahadah
berdasar­kan ilmu yang diketahui, mereka
akan ditunjukkan Allah tentang perkara
yang belum diketahui."

Fudail Iyad berkata, "Mereka yang
bermujahadah untuk mencariilmu, Allah
akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk
beramal."

Junaid­ Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka
yang bermujahadah dengan bertaubat,
Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan
keikhlasan."

Sah­abat Abdullah ibn Abbas pula berkata,
"Mereka yang bermujahadah untuk
melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan
kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."


Add a Comment
How would you rate this thing? (optional)
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help