Strive Mardhatillah.....
 Hidup adalah mujahadah...

Qudwah

ReviewReviewReviewReviewReviewTariq..Apr 28, '08 4:36 AM
for everyone
Category:Other
Amat suke kisah Tariq Ibn Ziyad...ni kate2 beliau kpd bala tentera mujahiddin waktu menakhluki Sepanyol..


ReviewReviewReviewReviewHARI ESOK UTK ISLAM...Mar 16, '08 9:26 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Halaqian
Bismillah...
Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala.” Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai” (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.
Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa

golongan-golongan ini merupakan ‘terrorist’ dan ‘fundamentalist’.

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat

dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam

telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan ‘Rabbani Taujih’ (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt “Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi

banyak…”(Al A’araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: “Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris.”

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.
Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta’ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: ” Impikanlah” Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Omar berkata lagi: “Impikanlah”. Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Omar berkata lagi: “Impikanlah”. Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin” Omarpun berkata: “Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A’alam.

http://dakwah.info/?p=36


ReviewReviewReviewReviewBAJA MUJAHADAH..Nov 10, '07 5:16 AM
for everyone
Category:Other
Mujahadah bermaksud "berusaha untuk
melawan dan menundukkan kehendak Hawa
nafsu."

Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi
bersabda, "Seorang mujahid (iaitu
seorang yang berjihad) ialah dia yang
melawan hawa nafsunya kerana Allah."

Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit
Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa
nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar
ia mengikut kehendak Allah dalam setiap
perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan
seseorang akan mengutamakan perkara yang
dicintai Allah dan mengetepikan kehendak
peribadi.

Dal­am Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali
berkata, "Antara tanda kecintaan hamba
kepada Allah ialah dia mengutamakan
perkara yang disukai Allah daripada
kehendak nafsu serta peribadi, sama ada
dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu
seseorang yang mencintai Allah sanggup
memikul kerja-kerja yang sukar serta
sanggup melawan hawa nafsunya kerana
Allah.... Dia tidak akan sanggup
melakukan sesuatu yang maksiat.

Berhubung dengan ini Abdullah ibn
Mubarak berkata, 'Jika cintamu !benar,
kamu akan mentaatiNya kerana seseorang
yang mencintai sesuatu sanggup mentaati
sesuatu'."

Me­reka yang sanggup melawan nafsu ialah
mereka yang percaya kepada akhirat serta
hari pembalasan. Inilah kekuatan yang
ada pada umat Islam. Kepercayaan ini
menjadikan mereka golongan yang sanggup
mengetepikan keseronokan sementara demi
untuk mencapai matlamat jangka panjang
yang kekal abadi.

Denis Waitley dalam Empires of the Mind
berkata, "Saya berpendapat, salah satu
punca utama yang menyebabkan Amerika
bermasalah besar pada hari ini ialah,
rakyatnya begitu asyik dan ghairah (are
we in that category?) dengan keseronokan
jangka pendek dan melupakan kepentingan
jangka panjang."

Mereka yang bermujahadah sebenarnya
merupakan golongan yang mementingkan
kepentin­gan jangka panjang. Antara
perkara yang merangsang mereka untuk
mengutamakan kebahagiaan masa depan
ialah firman Allah dalam sebuah hadis
Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim yang bermaksud, "Aku (Allah)
telah sediakan bagi hambaKu yang salih
(nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh
mata, tidak pernah didengari oleh
telinga dan tidak pernah dirasai oleh
hati manusia."

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa.
Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa
berkata, "Takwa adalah hasil daripada
hidayah dan hidayah adalah hasil
daripada mujahadah. Justeru mujahadah
melawan hawa nafsu adalah titik
permulaan kepada takwa. Antara amalan
yang membantu usaha untuk melawan hawa
nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan
zikir.

Nabi ketika disoal tentang jalan untuk
mencapai syurga telah menjawab,
'Bantulah dirimu dengan banyak
bersujud'. Banyak bersujud bermaksud
banyak bersolat dan banyakbersolat
bermak­sud banyak berzikir dan membaca
Al-Quran."

Mer­eka yang bermujahadah akan mendapat
beberapa anugerah istimewa daripada
Allah berdasarkan firmanNya dalam surah
Al-Ankabut ayat 69, "Mereka yang
bermujahadah (yakni berjuang secara
bersungguh-sun­gguh) pada jalan Kami akan
Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan
Kami."

Ber­hubung dengan ayat iniImam Ad-Darani
berkata, "Mereka yang bermujahadah
berdasar­kan ilmu yang diketahui, mereka
akan ditunjukkan Allah tentang perkara
yang belum diketahui."

Fudail Iyad berkata, "Mereka yang
bermujahadah untuk mencariilmu, Allah
akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk
beramal."

Junaid­ Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka
yang bermujahadah dengan bertaubat,
Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan
keikhlasan."

Sah­abat Abdullah ibn Abbas pula berkata,
"Mereka yang bermujahadah untuk
melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan
kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."


ReviewReviewReviewReviewJUNDULLAH JIHAD FISABILILLAH..^^Oct 31, '07 11:48 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Reference
Author:Sai'd Hawwa
Bismillah...

Pertama

Kandungan pertama sekali dalam bab jihad dengan lisan ialah menyampaikan Islam dengan hujjah kepada orang-orang kafir, munafiq dan fasiq.

Rasulullah Sallllahu 'alaihi Wasallam bersabda:

"Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

Allah berfirman: Yang bermaksud:

"Dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Qur'an dengan jihad yang besar.” (Surah Al-Furqan: Ayat 52)

Kedua-dua nas ini menunjukkan kepada jihad ke atas orang-orang musyrikin dengan lisan. Juga menunjukkan jihad ke atas orang-orang yang menyeleweng yang perbuatan mereka mencanggahi apa yang dikata oleh mulut mereka; perbuatan mereka mencanggahi perintah Allah 'azzawajalla.

Proses menyampaikan Islam dan menegakkan hujjahnya adalah merupakan langkah pertahanan Islam yang terbesar, kerana kemuncak Islam ialah jihad sedang jihad dengan lisan itu adalah merupakan jihad terbesar di mana maksud atau tujuan jihad dengan tangan tidak akan tercapai kecuali dengan jihad lisan ini. Lagi pun jihad lisan ini tidak boleh dilakukan kecuali oleh seseorang yang tidak takut ancaman manusia ke atas diri, harta dan nama baiknya serta membebaskan diri daripada tekanan masyarakat, pendapat umum dan kerajaan.

Selain daripada itu jihad secara lisan ini menjadi tugas Para Rasul dan menjadi kewajipan asas mereka.

Yang bermaksud:

"(laitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada me-rasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan. “(Surah Al-Ahzab: Ayat 39)

Yang bermaksud:

"Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepada-mu, dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu bererti) kamu tidak menyampaikan amanatnya." (Surah Al-Ma'idah: Ayat 67)

Orang-orang Islam dipertanggungjawabkan untuk melakukan jihad dengan lisan ini di semua peringkat. Ini bertujuan supaya da'wah Allah dapat diketahui oleh seluruh manusia di dunia ini sehingga orang-orang kafir baik di negara Islam mahu pun di negara kafir tidak lagi boleh berhujjah bahawa mereka tidak mendengar da'wah.

Allah berfirman:

Yang bermaksud:

"Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji daripada orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu) hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikannya, lalu (mereka) me-lemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukamya dengan harga yang sedikit, amat-lah buruknya tukaran yang mereka terima. " (Surah Ali 'Imran: Ayat 187)

Penyampaian da'wah ini mesti kita lakukan dengan cara yang paling baik atau paling sempurna. Dan cara yang paling sempurna ini tidak mungkin dicapai kecuali dengan penjelasan yang disokong oleh hujjah yang nyata. Kita disuruh oleh Allah supaya menyampaikan da'wah dengan sejelas-jelasnya.

Allah berfirman: Yang bermaksud:

"Maka tidak ada kewajipan atas para rasul, selain daripada menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (Surah Al-Nahl: Ayat 35)

Yang bermaksud:

“Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa se-sungguhnya kewajipan Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (Surah Al-Ma'idah: Ayat 92)

Yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada mereka perkataan yang ber-bekas pada jiwa mereka.” (Surah Al-Nisa': Ayat 63)

Penyampaian yang berkesan ialah penyampaian yang di-sertakan dengan hujjah yang terang lagi dapat rneyakinkan. Dan ini tidak mungkin dilakukan kecuali oleh orang-orang yang mempunyai keilmuan Islam yang tinggi, kerana Allah ('azzawajalla) mengatakan:

Yang bermaksud:

"Dan kewajipan kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas.” (Surah Yassin: Ayat 17)

Orang-orang yang berakal akan dapat melihat bahawa agama Islam memiliki penjelasan yang meyakinkan. Di samping keilmuan perlu juga seseorang itu mempunyai hikmah, akhlaq mulia dan kepintaran lidah. Allah berfirman:

Yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berdebat dengan ahlul kitab, me-lainkan dengan cara yang paling baik." (Surah Al-Ankabut: Ayat 46) dan Firman-Nya lagi: Yang bermaksud:

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik.” (Surah Al-Nahl: Ayat 125)

Adalah tidak diragukan lagi yang proses menyampaikan da'wah dengan cara yang paling jelas ini akan menyebabkan penda'wah-penda'wah itu ditentang oleh seisi dunia. Allah telah menyebutkan beberapa contoh ancaman musuh Allah terhadap Rasul-rasul-Nya semasa mereka melakukan proses da'wah:

Yang bermaksud:

"Dan berkata Fir'aun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan di muka bumi.” (Surah Al-Mu'min: Ayat 26)

Yang bermaksud:

"Bunuhlah anak-anak orang-orang yang beriman ber-sama dengan dia dan biarkanlah hidup wanita-wanita mereka.” Dan tipu daya orang-orang kafir itu tak lain hanyalah sia-sia belaka." (Surah Al-Mu'min/Ghafir: Ayat 25)

Yang bermaksud:

"Usirlah mereka (Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri.” (Surah Al-A'raf: Ayat 82)

Yang bermaksud:

"Pemuka-pemuka yang kafir daripada kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal dan sesungguhnya kami menganggap kamu termasuk orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-A'raf: Ayat 66)

Yang bermaksud:

"Mereka mengatakan: ''Dia (Nuh) seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman.” (Surah Al-Qamar: Ayat 9)

Yang bermaksud:

"Ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu kala.” (Surah Al-Mu'minun: Ayat 83)

Yang bermaksud:

"Orang-orang kafir berkata kepada Rasul-rasul mereka: Kami sungguh-sungguh akan mengusir kamu dari negeri kamu atau kamu kembali kepada agama kami." (Surah Ibrahim: Ayat 13)

Yang bermaksud:

"Mereka berkata: Hai Syu'aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan se-sungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami; kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejam kamu, sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa disisi kami." (Surah Hud: Ayat 91)

Demikianlah amaran dan ancaman, cacian dan cercaan serta tuduhan-tuduhan palsu ke atas da'wah dan penda'wah.
Tetapi rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah tetap sabar dan tetap menang.

Yang bermaksud:

"Dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah sahaja orang-orang yang bertawakkal itu, berserah din. “(Surah Ibrahim: Ayat 12)

Yang bermaksud:

"Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakannya kepada siapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. “(Surah Al-A'raf: Ayat 128)

Kedua

Termasuk di dalam jihad lisan ialah memberi nasihat dan memberi peringatan. Kedudukan ini sesuai bagi orang-orang mu'min. Allah berfirman:

Yang bermaksud:

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya-nya peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Dhariyat: Ayat 55)

Yang bermaksud:

"Maka beri peringatanlah dengan al-Qur'an orang yang takut kepada ancaman-Ku." (Surah Qaf: Ayat 45)

Dalam hal ini Al-Ghazali mengatakan iaitu tegahan dengan cara memberi nasihat dan menimbulkan perasaan takutkan Allah. Nasihat ini diberikan kepada seseorang yang hendak melakukan sesuatu perbuatan yang dia mengetahui bahawa perbuatan itu adalah mungkar, atau kepada seseorang yang sentiasa melakukan perbuatan itu sesudah dia mengetahui yang perbuatan itu adalah munkar.

Contohnya seperti seorang yang selalu minum arak, atau melakukan kezaliman, atau merampas harta orang-orang Islam atau seumpamanya, seperti memberi wala' (kepatuhan) kepada orang-orang yang zalim atau orang kafir atau orang munafiq atau berkawan dengan orang-orang fasiq, atau melaksanakan kehendak orang itu semua, atau mematuhi perintah mereka dalam membuat maksiat (mencanggahi perintah Allah).

Jadi hendaklah diberi nasihat supaya mereka jangan melakukan perbuatan-perbuatan itu, ditimbulkan perasaan supaya mereka takut kepada Allah, dinyatakan berita-berita mengenai ancaman siksa, diceritakan apa yang dilakukan oleh orang-orang dahulu serta diceritakan 'ibadat orang-orang yang bertaqwa.

Nasihat ini hendaklah diberikan kepada mereka dengan cara yang lembut dan kasihan, jangan sekali-kali keras dan marah, malah mestilah memandangnya dengan pandangan kasihan, melihat perlakuan maksiat dan mungkar itu sebagai satu kecelakaan yang menimpa dirinya sendiri atas perkiraan yang orang-orang Islam adalah merupakan satu tubuh.

Satu kecacatan di mana seseorang yang 'alim merasa megah dengan 'ilmunya dan merasa orang lain bodoh. Perkara seperti ini mesti dielak semasa memberi penjelasan (al-ta'rif). Jadi dalam memberi penjelasan atau nasihat boleh jadi dia berniat atau bermaksud hendak memberi kehinaan kepada orang berkenaan dan sebaliknya melahirkan keistimewaan dirinya kerana memiliki ilmu.

Kalau inilah dorongannya maka perbuatan itu sendiri adalah lebih keji daripada mungkar yang cuba diselesaikannya. Sebab sifat-sifat besar diri, bangga, riya' megah dan menimbulkan diri sendiri adalah merupakan dosa-dosa besar (kaba'ir). Kita mohon lindung dari Allah daripada mempunyai sifat-sifat akhlaq yang buruk ini).

Ketiga

Termasuk di dalam jihad lisan ialah mencerca dan menolak dengan kata-kata yang kasar lagi keras sesudah gagal proses cegahan secara lembut dan sesudah jelas keras kepala serta mempermain-mainkan nasihat. Contohnya seperti kata-kata Nabi Ibrahim 'alaihissalam:

Yang bermaksud:

"Ah, (celakalah) kamu beserta apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami?".

Cercaan itu bukanlah pula bermaksud cercaan atau tuduhan liar seperti mengatakan anak zina, pelacur dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Cercaan itu juga tidak sampai kepada dusta. la boleh dibuat dalam lengkongan yang tidak di-kira sebagai cercaan liar seperti memanggil wahai orang fasiq, wahai orang bodoh, wahai orang jahil tidakkah kamu takut kepada Allah?

Juga boleh dikata: Wahai orang dungu dan se-umpamanya. Setiap orang fasiq adalah bodoh dan jahil. Kalau dia tidak boleh dipanggil bodoh sudah tentu dia tidak akan mengingkari perintah Allah. Malah setiap orang yang tidak bijak adalah bodoh. Orang yang bijak (al-Kaiyis) ialah orang yang diakui bijak (al-kiyasah) oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam di mana baginda bersabda:

Yang bermaksud:

"Orang yang bijak ialah merendah dirinya dan melaku-kan 'amalan untuk bekalan sesudah mati, sedang orang bodoh ialah orang yang membiarkan dirinya mengikut nafsunya dan kemudian berangan-angan memperolehi sesuatu dari Allah." Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah, al-Hakim dan at-Tirmizi.

(Dia mengatakan hadith ini adalah hadith Hasan yang diriwayatkan daripada Shidad bin 'Aus sebagai marfu').

Jadi ada dua adab dalam jihad lisan mengenai bentuk cercaan-an ini:

Pertama:

Tidak boleh digunakan cercaan kecuali apabila perlu dan sesudah gagalnya cara berlembut.

Kedua:

Tidak boleh dituturkan (cercaan itu) kecuali yang sebenar. Tidak boleh merepek dan dipanjang lidah sehingga menyebut perkara-perkara yang tidak perlu. Jadi yang perlu sahaja yang boleh disebut.

Kalau diyakini bahawa kata-kata cerca untuk menghalang ini tidak akan memberikan kesan apa-apa ke arah menghalang perbuatan mungkarya maka kata-kata cerca itu janganlah dikeluarkan tetapi memadailah dengan melahirkan kemarahan, memandang jijik dan menolak dengan cara meninggalkannya kerana maksiat yang dilakukannya.

Jika dia mengetahui sekira-nya dia mengeluarkan cakap dia akan dipukul, atau jika dia mengerutkan muka menunjukkan bencinya terhadap perbuatan maksiat itu dia tidak akan dipukul maka dia hendaklah melahirkan benci dengan mukanya itu; tidak memadai dia mengingkari dengan hati; tetapi mestilah mengerutkan muka membenci-nya."

— Sekian petikan kata-kata Imam Ghazali.

Jadi silsilah jihad lisan mengambil bentuk berikut:

Peringkat Pertama:

Menyampai, memberi penjelasan dan menegakkan hujjah serta menjelaskan hakikat.

Peringkat Kedua:

Memberi nasihat, peringatan dan mengingatkan supaya takut kepada Allah yang kesemuanya dibuat secara lembut dan dengan perasaan kasihan.

Peringkat Ketiga:

Sekiranya (pelaku mungkar) itu seorang Muslim maka kita menolaknya secara keras, dan sekiranya dia bukan seorang Islam seperti seorang kafir dhimmi umpamanya maka hendaklah kita ikuti atau kekalkan batasan hujjah yang perlu kita lakukan sepertimana yang dijelaskan oleh Allah:

Yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik.” (Surah Al-Ankabut: Ayat 46)

Peringkat ketiga ini jelas menampakkan peringkat pengasingan di mana orang-orang Islam tidak boleh bercampur dengan mereka (yakni pelaku-pelaku maksiat).

Kata Ibn Mas'ud (radiyallahu 'anhu):

"Jihadlah ke atas orang-orang munafiq dengan tangan kamu; sekiranya kamu tidak berupaya kecuali hanya dengan menarik atau mengerutkan muka hendaklah kamu lakukan."

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda:

"Apabila Bani Israiljatuh ke dalam maksiat, 'ulama'-'ulama' mereka telah melarang mereka tetapi mereka tidak juga berhenti. 'Ulama'-'ulama' itu terus duduk bersama mereka, makan bersama mereka dan minum bersama mereka, (dengan perbuatan mereka seperti itu) maka Allah mencampurkan (menyamakan) hati-hati mereka dan melaknatkan mereka atas lidah Nabi Dawud ...... sehingga akhir ayat —

Rasulullah pada mulanya mengiring, bangun duduk dan menambah kata:

Demi Tuhan yang diri aku berada di tangannya: sehingga kamu membengkokkan mereka dengan betul-betul bengkok (memalingkan mereka) kepada kebenaran. "

Dalam proses jihad lisan kita suka menyebutkan beberapa perkara yang mesti diberi perhatian:

Perhatian Pertama:

Ketika kita melakukan proses penyampaian (tabligh) kita hendaklah mengikut prioriti. Kita dahulukan 'aqidah daripada 'ibadah, dahulukan ibadah daripada manhaj (cara) hidup, dahulukan kulliyat (dasar umum) daripada juziyyat (cabang) dan dahulukan yang dekat daripada yang

Dikeluarkan oleh kitab-kitab hadith yang "enam" (Sunan Sittah) kecuali Malik, bahawa Ibn 'Abbas meriwayatkan bahawa semasa Rasulullah mengutuskan Mu’az ke negeri baginda berkata kepada Mu'az:

bermaksud:

"Kamu akan mendatangi suatu kaum yang terdiri daripada Ahlul Kitab, maka tugas seruan kamu yang pertama sekali iaitu menyeru mereka supaya ber'ibadat kepada Allah, sekiranya mereka telah mengetahui, maka beritahu pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka fardu sembahyang sehari semalam lima kali. Sekiranya mereka melakukan maka beritahukan pula kepada mereka yang Allah mewajibkan zakat ke atas mereka yang diambil daripada harta orang kaya dan dikembalikan kepada orang-orang miskin dikalangan mereka.

Sekiranya mereka mentaati perintah itu maka ambillah daripada mereka tetapi jaga-jaga (jauhkan) daripada mengambil harta-harta mereka yang termulia. Takutah do'a orang yang kena aniaya (kena zalim) kerana tidak ada dinding di antara orang yang kena zalim dengan Allah."

Kata Ibn 'Abbas:

"Apa-apa cakapan kamu dengan sesuatu kaum yamng tidak disampai oleh akal mereka (tidak difahami) pasti akan membawa fitnah di kalangan mereka." Dikeluarkan oleh Muslim.

Perhatian Kedua:


Sudan menjadi tradisi musuh-musuh Allah berusaha merosakkan nama baik penda'wah-penda'wah. Mereka lakukan ini kerana mereka mengetahui bahawa serangan ke atas Islam secara terus (direct) tidak boleh dilakukan sebab orang-orang Islam akan menentang dengan hebatnya. Jadi mereka merancang memburukkan nama penda'wah-penda'wah.

Apabila ahli-ahli da'wah ini sudah rosak maka dengan sendirinya Islam menjadi rosak. Dengan sebab itu seseorang penda'wah mestilah membersihkan dirinya dan mestilah berhati-hati dan teliti. Memang pun perkara ini mesti dilakukan oleh penda'wah sebab dia melaksanakan tugas da'wah ini atas dasar ikhlas kepada Allah, tidak ada tujuan atau matlamat lain selain daripada menegakkan perintah Allah dan mengasihi makhluk Allah daripada ditipu oleh syaitan sehingga mereka tersalah daripada jalan Allah ('azzawajalla).

Kalau ada cubaan atau usaha yang dilakukan oleh musuh untuk mengalih atau menghentikan tugas da'wahnya dengan membuka medan pertikaian di antaranya dengan musuh-musuh itu yang disadurkan dalam bentuk seolah-olah pertikaian peribadi, pertikaian untuk mendapatkan kuasa atau sesuatu matlamat maka penda’wah itu mestilah berusaha menggagalkan rancangan mereka.

Teruskan ketetapan bahawa masalah sebenar ialah masalah da'wah kepada Allah dan da'wah kepada Islam, tanpa melihat kepada subjek lain. Sebab, seperti yang pernah kita katakan, musuh-musuh Islam menentang Islam dengan cara menentang ahli-ahlinya. Mereka bermuka-muka dengan melahirkan sikap seolah-olah mereka tidak menentang Islam dan mereka berusaha meyakinkan orang ramai yang mereka sungguh-sungguh jujur tidak menentang Islam. Jadi penda'wah mesti menjelaskan kepada orang ramai dan yakinkan mereka bahawa musuh-musuh itu sebenamya tidak menentang dirinya (penda'wah) kecuali kerana kelslamannya. Dia hendaklah menolak segala hujjah atau tuduhan-tuduhan musuh yang dilemparkan ke atasnya di samping membuktikan yang dia tidak mempunyai tujuan lain selain daripada melaksanakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan oleh Allah 'Az-zawajalla ke atasnya. Sikap dan perbuatan seseorang Muslim sebenamya demikian.

Perhatian Ketiga:

Proses jihad lisan memerlukan kajian tentang tempat yang hendak dilakukan, perlu mengetahui pusat-pusat kesesatan dan bilangan penyelewengan serta perlu juga mengetahui cara bekerja. Sebab setiap tempat punya penyelewengan-penyelewengan khusus, kesesatan-kesesatan khusus, kekufuran-kekufuran khusus dan kejauhannya yang tersendiri daripada Islam. Untuk mengatasi perkara ini semua perlukan pendekatan khusus yang bersesuaian dengan persoalannya.

Umpamanya perlu diketahui adakah negeri itu negeri Shi'ah atau negeri sunni?

Apakah di negara itu ada pengaruh komunis, existentialis dan freemason?
Apakah rakyat di negara itu jahil dengan Islam sehingga berlaku penyelewengan pemikiran dan akhlaq.

Di negara-negara seperti ini, maka segala jenis buku yang patut disebar, jenis ucapan, tempat perbincangan dan cara kunjungan adalah berbeza sekali dengan cara pendekatan di sebuah negara Kristian yang mendukung sistem kapitalis, mengiktiraf kebebasan yang menyeluruh dan mengamalkan pemerintahan demokrasi yang mutlak.

Jadi perlu dipelajari jenis-jenis penyelewengan.
Perlu diketahui siapakah dia orang-orang yang menyeleweng itu.
Perlu dibuat program yang menyeluruh lagi sesuai dengan masalah-masalah itu.

Dan perlu ada kerja yang berterusan untuk mencapai matlamat: menyampaikan Islam secara sempurna kepada semua orang.

Oleh itu kita perlu tahu apakah kekurangan-kekurangan yang ada pada orang-orang Islam di negara berkenaan. Kita juga perlu tahu apakah cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan seluruh orang-orang Islam supaya bergabung tenaga melaksanakan proses jihad lisan.

Mungkin langkah pertama yang perlu dilakukan dalam setiap jihad lisan ialah bersegera memperbaiki kecacatan-kecacatan yang ada pada orang-orang Islam, menyempurnakan segala kekurangan mereka dan menyatukan tenaga mereka.

Cara-cara Jihad Dengan Lisan

Ada banyak cara jihad lisan. Kadang-kadang semua cara itu boleh dilakukan tetapi kadang-kadang tidak boleh. Yang pen-ting apa juga cara jihad lisan yang boleh dilakukan jangan ditinggalkan. Berikut ini kita kemukakan beberapa cara jihad lisan ini untuk panduan:


(a) Menyebarkan Buku Islam

Secara praktisnya buku lebih memberi faedah kepada pembaca berbanding dengan percakapan. Biar berapa baik sekalipun pembentangan idea yang dibentangkan oleh seseorang pemidato, ia tidak akan dapat mencapai taraf pembentangan idea yang dicatatkan dalam buku yang ditulis oleh seseorang 'ulama' Islam yang ulung. Dengan sebab itulah penyebaran buku Islam menjadi satu cara terpenting dalam jihad lisan.

Buku-buku Islam mempunyai isi kandungan yang berbeza. Ada yang hanya memberi penjelasan kepada sebahagian juzu' Islam sahaja, ada yang menolak tuduhan-tuduhan musuh Islam, ada yang mempertahan Islam secara menyeluruh. Dari sudut pendekatan, ada yang tinggi, ada yang sederhana dan ada juga yang mudah.

Setiap orang perlu kepada jenis buku yang sesuai dengan kedudukannya, sesuai dengan bahasanya, sesuai dengan jenis kesesatannya atau sesuai dengan jenis penyelewengannya. Mungkin ada keadaan di mana pemikiran yang sesat telah tersebar dengan luasnya, maka dalam keadaan ini penolakan mesti-lah dilakukan dengan buku khusus. Walau bagaimanapun tugas-tugas yang kita lakukan itu hendaklah dilakukan dengan cermat dan bijaksana. Kita kemukakan buku yang sesuai untuk seseorang. Kita boleh kemukakan buku-buku yang sesuai itu dengan cara jual, hadiah, derma atau pinjam. Bagi setengah-setengah buku yang perlu dicetak untuk diberi percuma perlu kita mencari orang yang membiayainya, yakinkan dia yang 'amalan itu adalah termasuk di dalam jihad.

Kalau kita berjaya mengadakan sebuah maktabah Islam (kutub-khanah Islam) yang sempurna di setiap rumah maka itu merupakan suatu kejayaan yang tidak ada tandingannya. Khusus-nya dalam suasana di mana masyarakat manusia berjalan ke arah menghapuskan buta huruf di kalangan manusia. Dengan cara ini Insya' Allah semua orang akan boleh baca. Tetapi kalau kita dapat menyampaikan buku Islam dan bahan-bahan bacaan Islam yang lain kepada orang ramai kita akan memperolehi keuntungan tetapi jika kita tidak berbuat demikian kita akan rugi. Dalam buku saya "Jundullah Thaqafatan” iaitu buku asas dalam keilmuan Islam, ada saya kemukakan buku-buku utama Islam dalam setiap bidang, di samping buku-buku yang sesuai untuk maktabah Islam.

(b) Majalah, Suratkhabar dan Pamplet


Tidak diragukan yang majalah dan suratkhabar boleh memainkan peranan besar dalam pelaksanaan jihad jika dirancangkan untuk itu. Sebab majalah dan akhbar ini dapat menolak secara terus sesuatu kesesatan dengan berbagai cara. la mengekalkan hubungan dengan peristiwa berkenaan sama ada tiap-tiap minggu ataupun tiap-tiap hari. Dengan cara ini dia dapat menjelaskan kesesatan berkenaan itu sejak dari awal, dapat menjelaskan golongan-golongan yang menyeleweng secara terus dan dapat terus turun berhadapan dengan golongan-golongan yang menyeleweng itu. Harus diingat bahawa akhbar dan majalah hendaklah bermutu (standard) tinggi dan mesti bersungguh-sungguh untuk menyampaikannya kepada semua orang.

Sepatutnya setiap negeri hendaklah mempunyai majalah atau akhbarnya tersendiri sebab setiap negeri itu punya
kedudukannya yang khas.

Sekiranya kemudahan untuk menerbitkan suratkhabar dan majalah tidak ada hendaklah dikeluarkan tulisan- tulisan yang tidak berbentuk berkala secara mingguan atau bulanan (periodical). Jika ini pun tidak ada kemudahan hendaklah dikeluarkan risalah-risalah kecil dan pamplet-pamplet yang menjelaskan kefahaman-an-kefahaman Islam dan menolak kesesatan. Jika ini pun tidak ada kemudahan hendaklah dikeluarkan beberapa risalah kecil dalam semua tajuk. Jika ini pun tidak ada kemudahan hendaklah dibuat majalah gantung. Sebaliknya jika semua perkara ini ada, maka itulah yang sebaik-baiknya.

(c) Syarahan dan Pengajian Umum Di Masjid atau Di Rumah


Kedua-dua ini adalah merupakan cara yang samgat penting. Pensyarah-pensyarah yang berkemampuan boleh membuat bimbingan yang baik. Dengan sebab itulah latihan serta pendidikan untuk melahirkan pensyarah-pensyarah itu penting dan menjadi satu perkara asas. Seseorang pensyarah (khatib) yang berjaya boleh memberangsangkan perasaan orang ramai dan membawanya ke arah yang dikehendakinya.

Khutbah Juma'at telah dijadikan wajib oleh Allah, mana-kala khutbah dua hari raya dijadikan sunat. Ini adalah perkara penting jika digunakan sebagai cara jihad lisan. Malah mesti digunakan sebab khutbah itu wujud memang untuk jihad lisan ini.

Bidang syarahan dan ceramah adalah merupakan bidang yang luas. Masjid sentiasa terbuka, hari orang ramai sentiasa bersedia dan banyak pusat-pusat (pertubuhan) yang bersedia menerima penceramah termasuk kelab-kelab dan sekolah-sekolah. Kita mesti mengambil peluang ini dengan sebanyak-banyaknya. Janganlah kita lupa bahawa ajakan untuk menghadiri ceramah dan syarahan punya kesan yang besar.

Memanglah tidak mungkin yang setiap orang Islam boleh menjadi pensyarah atau penceramah. Sungguh pun saya tidak menjadi penceramah tetapi saya boleh mengajak orang untuk mendengar ceramah. Jadi atas dasar ini hendaklah sentiasa ada kerjasama yang erat di antara penceramah dan saudara-saudara Islamnya. Tetapi jangan sekali-kali penceramah tertipu dengan merasa megah dan merasa dirinya hebat. Sebab sikap ini menjatuhkan dia daripada majlis orang-orang muqarrabin 'hampir diri' kepada Allah, menjatuhkan dia daripada hati orang-orang mu'min dan lebih daripada itu cakapannya tidak memberi faedah.

Pengajian umum di masjid dan di rumah sama ada berbentuk siri atau tidak adalah merupakan alat da'wah yang terbaik dan dapat membersihkan fikiran-fikiran yang sesat.

(d) Dakwah Secara Individu, Ziarah, Kunjungan dan Majlis 'Ilmu.

Allah berfirman:

Yang bermaksud:

"Katakanlah: Sesungguhnya aku hendak memperimgatkan kepadamu suatu hal sahaja iaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan tentang Muhammad tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu." (Surah Saba'= Ayat 46)

Menerangkan fikiran seseorang secara bersendirian adalah lebih memberi faedah kerana penerangan secara ini tidak terpengaruh dengan tekanan-tekanan lain.

Dengan sebab itu maka perhubungan yang terus kepada orang-orang berkenaan, membuat perbincangan dengan mereka, mengajak mereka kepada kebaikan, atau memberi hadiah buku kepada mereka, membuat kunjungan ke rumah atau ke tempat kerja adalah menjadi perkara yang sangat penting didalam tugas jihad lisan ini kerana perbuatan—perbuatan itu dapat menyampaikan kepada matlamat.

Mengadakan rehlah (berkelah) dalam kumpulan yang kecil dengan aturcara ceramah, da'wah dan perbincangan banyak memberi faedah dalam melahirkan orang-orang Islam yang baik. Jemputan ke majlis makan memberi peluamg yang sangat baik untuk disampaikan sesuatu fikiran. Ini pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam dan menjadi suatu sunnah.

Pertemuan-pertemuan yang diadakan di rumah atau di tempat-tempat lain yang membicarakan tentang Islam dan membersihkan akal manusia supaya menerima Islam yang dibuat secara terbuka dengan dipanggil individu-individu adalah merupakan cara yang baik.

Inilah dia contoh-contoh bagi cara-cara jihad lisan fisabilillah. Walau bagaimanapun cara-caranya tidaklah terhad kepada apa yang kita sebutkan. Menolak seruan-seruan sesat di mana-mana jua tempat dan keadaan adalah merupakan jihad.

Mencipta sya'ir Islam adalah jihad, menulis iklan tentang Islam adalah jihad, guru-guru yang mengajar di sekolah adalah jihad, pekerja dengan kawan-kawannya, doktor dengan pesakitnya semua mereka, termasuk juga pekerja-pekerja lain, adalah memberi sumbangan besar dalam jihad lisan. Sesiapa yang memikirkan terbuka baginya pintu-pintu (yakni akan memperolehi cara-caranya), setiap orang mengetahui kedudukan dirinya, dia mempunyai cara-cara tersendiri untuk menjelaskan tugasnya. Yang penting ialah kita perlu fikir, bekerja dan ikhlas kepada Allah 'Azzawajalla dalam melakukan ini semua.
Wallahu'alam..

ReviewReviewReviewReviewReviewSimpanan SyurgaOct 4, '07 12:40 AM
for everyone
Category:Other
Bismillah..Ni ana amik dr website kak Qamar..
Hadith Riwayat At-Thabarani yang bermaksud :-

Empat simpanan syurga ialah :-
a.Mereka yang menyembunyikan sedekah
b.Mereka yang menyembunyikan musibah
c.Mereka yang menghubungkan silaturrahim
d.Mereka yang berkata “lahaulawalakuwwataillabillah” (tidak berdaya menolak kejahatan
dan tidak berkuasa mendatangkan kebajikan melainkan dengan pertolongan Allah).

Mereka yang menyembunyikan sedekah

Rasulullah bersabda yang bermaksud :-

“Apabila meninggal dunia anak Adam, terputuslah semua amalan melainkan tiga perkara:
sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakan baginya.”

Sedekah yg dimaksudkan kat cni ialah sedekah sunat dn bkn sedekah fardhu (zakat).
Sedekah sunat ni kalau nk cerita, baaaaanyak sgt! Belanje member makan, belanje member
shopping, etc. Dan sedekah yg paaaaaling mudah ialah??? SMILE!

Sedekah merupakan salah satu faktor yg amat mudah utk menjadikan kita seorang
yg riak. Ye lah, kalau org lain tau yg kite bersedekah, pasti kite akan mendapat pujian dn
sanjungan. Nak2 lg kalau buat amal kebajikan sampai masuk TV, beri sumbangan beribu-ribu.
Haaa, lagilah melimpha-ruah pujian dn sanjungan.

Sahabat2…
Ikhlaskanlah pemberian atau sedekah hanya kpd Allah dn bukan mengharapkan pujian
dan sebagainya. Seolah-olah, apabila tangan kanan memberi, tangan kiri tak nampak pun.
Tp, mmg agak sukar utk mencapai tahap keikhlasan nih. Kene train hati. Force ourself!
Lama2 nnt insya-Allah sifat pemurah akan menjadi salah satu sifat hati kita.
Sbb ikhlas ni diibaratkan seperti semut hitam yg duduk di atas batu hitam dan berada
dalam gua yg gelap. Haaaaa, we cant see da semut kan? Mcm tu jgklah
keikhlasan. Tak nampak.

"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) kubur
daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu
akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" (Riwayat At-Tabaraani)

Mereka yang menyembunyikan musibah

Musibah ni sama lah jgk macam cubaan dan ujian yg Allah berikan pd kite. Sometimes
we always question ourselves, y Allah keep on testing us?
Why not 2 other ppl? Why us? Why? Why? N Why?
Allah berfirman bermaksud :-

“Patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
“Kami beriman...,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(Surah al-Ankabut, ayat 1)

Bukan sengaja Allah nk uji. Allah uji sbb Allah sayang kat kite. Allah riiiiindu sgt kat kite.
Yelah, fitrah manusia ni, bile dh rase ‘selesa’, rase senang, xde ujian, mulelah leka. Ye tak?
Tp kalau dh ditimpa bala, barulah nk insaf, kembali pd pangkuan-Nya. Amat susah sekali mulut ni
nk ucap “Alhamdulillah” apabila ditimpa ujian. Knp? Sbb kite terlupa yg ujian Allah tu
sebenarnye sbb Allah nk ingatkan kite. Allah tgk kite ni leka sgt lah, asyik dok chatting je,
asyik dok tgk Dragon Ball je,asyik dok ngadpa keje je.
So Allah pon ‘ketuk’ sket kite, haaaaa barulah kite sedar… Allah kasih kepada hamba–Nnya
maka diberikan dugaan (cubaan), agar mereka sentiasa berdamping diri terhadap Allah.
So dear frenz, kalau ditimpa ujian dn musibah, jgn mengeluh. Sabar dn redha dgn
ketentuan qada’ & qadar Allah… Always bear in mind, keredhaan Allah depends pd
keredhaan kite pd qada’ & qadar Allah…

Mereka yang menghubungkan silaturrahim

There are thousand of ways 4 us utk menghubungkan silaturrahim ni. For example,
xchange gifts, share probs, bukak puasa ramai2, bangun qiam ramai2 n many more!
Dan cara yg paling mudah kate ustaz zul ialan dgn IHSAN, Bantu dan simpati kpd saudara2
kite yg berada dlm kesusahan…sbb kalu kite bagi bantuan atau pertolongan kat saudara mara
kite takkan kite nak heboh-hebohkan..antare yg dpt dicedokkan dr kate2 ust zul ialah
"ala...yang ko tolong tu bukannye sape....saudare ko gaks"...
maksudnye kat sini tader glamornye bantu saudare sedarah daging dr bantu org lain yg tiade
kaitan ngan kite...make di situ perlunye ihsan dalam laksanakan tanggungjawab n amanah
yg dibebankan...

Al-Imam Al-syahid Hassan al-Banna telah menceritakan bahawa pada suatu hari beliau telah
melawati sebuah negeri di mana penduduknya telah berselisih pendapat dengan
mengenai jumlah raka’at bagi solat Tarawih samada 8 atau 20 raka’at. Maka telah berlaku
pertengkaran di antara mereka dan hampir-hampir mencetuskan pergaduhan. Mereka berhimpun
di hadapannya dan bertanya kepadanya mengenai perkara itu. Beliau tidak menjawab
persoalan tersebut tetapi sebaliknya bertanya kepada mereka mengenai solat Tarawih
dengan katanya : “ Adakah ianya sunat atau fardhu ?”Mereka menjawab : “ Bahkan ianya
adalah perkara Sunat.” Beliau bertanya lagi : “Persaudaraan sesama Islam dan kesatuan
sesama mereka, ianya sunat atau fardhu ? “ Mereka menjawab : “ Bahkan ianya adalah perkara
fardhu .” Kemudian beliau berkata dengan suara yang lantang :” Kenapakah kalian
memusnahkan perkara fardhu ini hanya semata-mata perkara yang sunat ? Maka sebaik-baiknya
kalian solat tarawih bersama-sama di masjid dan sama-sama memelihara hubungan
Ukhuwwah sebagai ganti kepada pertengkaran ini.”

Kata ustaz lg, org yg paling perlu kite jaga silaturrahim, yang paling perlu kite hubungkan
silaturrahim ialah org2 yg mempunyai hubungan “qarabah” dgn kite. (saudara-mara).
And d easiest way utk menjalinkan silaturrahim ni ialah dgn memberi salam… “Assalamualaikum…”
Ha, kat bawah ni ade few hikmah memberi salam.
mendapat keredhaan Allah

i) mendapat doa dari para malaikat

ii) akan mendukacitakan iblis

ii) dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)

iv) dapat mengukuhkan persaudaraan Islam

Dulu kita bangga memberi salam kpd saudara Islam tp kini kite lebih selesa dgn hanya menyebut
"Hai & Bye". (ingatan utk diri sendiri jgk.) Kononnya lebih mudah dan ringkas. Maklumlah
dlm dunia yg serba pantas ni segalanya perlu cepat. Kalau menyebut "Assalamualaikum",
belum habis menyebut salam, orang tersebut sudah tiada di depan mata. Itulah antara alasan
yang sering digunakan apabila ditanya knp mereka lebih suke mengucapkan
"hai & bye" drp "Assalamualaikum". Tp sebenarnya ia menunjukkan betapa
rapuhnya ukhuwwah Islamiah kita hari ini.

Ucapan kalimah “lahaulawalakuwwataillabillah”

Bile kite ucapkan kalimah ni, dgn penuh keihklasan, maknanya kite menyandarkan diri
dn menyerahkan diri kite secara TOTAL kpd Allah. Sbb ape? Sbb di dlmnya terhimpun
tauhid (pergantungan pd Allah).

Bile kite sandarkan dan serahkan diri kita pd Allah, secara tdk langsung, kite x akan
“merasa lebih” dn “selesa”. Tp, kite sering rase diri kite ni ade yg belum cukup lg. Secara
tak langsung, “sifat kehambaan” akan wujud dlm diri kite. Kite akan selalu ingat pd Allah,
tanpa putus! Tp kalau dh berasa “selesa” dn “dh cukup”, mudah sekali utk kite lupakan-Nya…

Thanks to Am for the sharing ..semoga ape yg disampaikan, dpt sama2 kite amalkan, insya-Allah…

ReviewReviewReviewReviewReviewWasiat Ramadhan..Sep 11, '07 10:59 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Yahyafit
Bismillah..
Dan Ramadhan Pun Berwasiat


Kala Iedul Fitri tiba, lantunan “Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar” bergema di jagad alam ini. Takbir, Tahmid dan Tahlil tak henti-hentinya dilantunkan Ummat Islam, sebagai ungkapan rasa syukur atas nikmat yang tak terhingga.Yaitu syukur setelah sebulan penuh kita ditempa dalam 'madrasah Ramadhan' yang sarat nilai dan makna. Begitu agung pesan-pesan Ramadhan yang hendak Allah sampaikan kepada insan yang beriman. Melalui beragam ‘amaliyyah ‘ubudiyyah seperti shaum, tilawah Al-Qur’an, shalat tarawih, zakat, infak, sedekah, i’tikaf (kontemplasi), Allah ingin agar pesan-pesan Ramadhan itu kita tangkap, hayati dan diaktualisasaikan dalam keseharian hidup kita, sehingga, kita semua diharapkan menjadi insan yang bertakwa dengan segala dimensinya.

Pada titik ini, tampaknya kita harus merenung sesaat, sudahkan kita meraih tujuan dari Shaum Ramadhan kita? Ataukah nanti di hari Iedul Fitri itu menjadi antiklimaks amaliyyah ubudiyyah kita? Kalau demikian keadaannya, maka Ibadah Ramadhan yang penuh nilai dan makna ini tidak akan menjadi apa-apa dan hanya akan jadi pepesan kosong belaka. Tentu kita tidak ingin Ramadhan ini menjadi ritual tahunan yang kosong tanpa makna. Kita tak ingin ibadah Ramadhan kita seperti tong sampah yang nyaring bunyinya.

Kita semua sudah mafhum bahwa tujuan utama Ibadah Puasa Ramadhan ini adalah taqwa. Ketaqwaan ini sangat luas makna dan cakupannya. Ia meliputi segala aspek kehidupan seorang Muslim. Kendati demikian, setidaknya Al-Qur’an dan sunnah telah mengisyaratkan dimensi ketaqwaan yang harus dijadikan pegangan seorang Muslim.

Pertama, taqwallaah (3:102), yaitu bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya, yakni taqwa lahir dan batin. Dengan bertaqwa kepada Allah, diharapkan seorang Muslim mempunyai sikap hanya takut dan berharap kepada-Nya. Dengan demikian, secara horizontal maka ia tak perlu cemas dan khawatir lagi terhadap apa yang akan menimpa dirinya. Ia hanya akan bersandar sepenuhnya kepada kehendak Allah. Dalam dirinya terpatri sikap bahwa Allah lah sebagai ¬Almaula (penolong) satu-satunya. Sikap takut terhadap Allah berbeda dengan sikap takut terhadap makhluk. Karena sikap takut kepada Sang Khalik justru akan memunculkan sikap roja (berharap) terhadap rahmat dan kasih sayangNya. Allah sendiri memproklamirkan diri-Nya bahwa ramat-Nya itu meliputi segala hal, tanpa kecuali.

Kedua, taqwannar (66:6), yakni takut terhadap api neraka yang disediakan bagi orang-orang yang bermaksiat dan durhaka kepada Allah. Menghindarkan diri dari api neraka ini dimulai dari diri sendiri kemudian keluarga. Jika masing-masing keluarga melakukan fungsinya sebagai lembaga pengendalian amar ma’ruf nahyi munkar, niscaya akan muncul masyarakat yang saleh, yang tidak bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh karena itu, lingkungan rumah sebagai tempat bersemainya pondasi-pondasi keluarga haruslah sebuah lingkungan yang menyenangkan. Maka, Islam menggagas konsep ‘Baiti Jannati’, rumahku surgaku.

Ketiga, taqwa al-arhaam (4:1), yakni taqwa silaturrahim. Maksudnya, menjaga diri terhadap hubungan sosial kemasyarakatan. Ketaqwaan ini berangkat dari sikap dasar manusia yang menurut sosiolog Muslim Ibnu Khaldun sebagai masyarakat sosial. Di banyak hadits Rasulullah secara affirmative mendudukkan ibadah sosial ini lebih utama ketimbang ibadah shalat malam dan puasa sekalipun. Diceritakan bahwa ada seorang wanita yang kala malam tiba ia dirikan shalat malam. Dan kala siang menjemput ia berpuasa. Lalu diceritakan bahwa wanita itu kerapkali menyakiti tetangganya. Dan Rasulullah pun mengatakan bahwa pada diri wanita sama sekali tak ada kebaikan.

Keempat, taqwa adzulmu, yaitu menjaga diri dari tindakan zalim terhadap orang lain. Kezaliman adalah perbuatan yang sangat dilarang Allah. Bahkan Allah sendiri telah mengharamkan kazaliman atas diri-Nya. Selain dapat memantik kerugian di dunia, kezaliman akan menjadi petaka bagi kita di Hari Kimat nanti. Rasulullah bersabda, “Bertawqallah kalian terhadap kezaliman. Sesungguhnya kezaliman itu kegelapan di Hari Kiamat nanti.” (HR. Muslim)

Kelima, taqwa an-nisaa, yaitu berhati-hati terhadap wanita. Sikap kehati-hatian ini bukan berarti Islam memojokkan wanita. Tapi karena memang Allah telah memberikan daya tarik dan anugerah luar biasa pada diri wanita. Sehingga betapa banyak kesuksesan seseorang yang jatuh akibat wanita. Sebaliknya, wanita juga dapat menjadi motivator bagi kesuksesan seseorang. Ada banyak cerita masa lalu yang terjadi di masa Bani Israil, seperti kisah rahib Israil yang mengobati wanita kemudian berzina sampai hamil dan membunuhnya, sampai akhirnya musyrik karena menyembah syetan. Hal inilah yang dipesankan oleh Rasulullah, “Bertaqwallah kalian terhadap wanita. Karena sesungguhnya fitnah pertama kali pada Bani Israel itu adalah wanita.” (HR. Muslim)


Keenam, taqwa al-fitnah (8;25), yakni berhati-hati terhadap azab atau petaka baik di dunia ataupun di akhirat. Allah mengisyaratkan kepada kita bahwa petaka dunia ini, baik yang berupa bencana alam ataupun krisis dan wabah penyakit, merupakan akumulasi dosa kolektif ummat manusia. Maka ketaqwaan terhadap fitnah ini dituntut agar kita memiliki tanggung jawab amar ma’ruf nahyi munkar. Sebab, kesalehan personal saja tidak cukup untuk menghindarkan dari petaka alam ini. Kita memerlukan kesalehan kolektif sehingga bencana alam dapat dihindari sedini mungkin.

Demikianlah sebagian dimensi taqwa yang merupakan pesan Ramadhan, yang harus kita jadikan wasiat di kehidupan kita selanjutnya, sehingga tujuan Puasa Ramadhan untuk mencetak insan yang bertaqwa benar-benar dapat diwujudkan, bukan sekadar ritual tahunan yang tak menghasilkan apa-apa. Tentu kita tidak ingin pesan Ramadhan kita sekadar rasa haus dan lapar semata, karena jika itu yang kita raih, maka apakah hewan sekalipun bisa melakukannya.Wallahua’lam.

ReviewReviewReviewReviewReviewWayfarersJul 11, '07 12:55 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Other
Ni yg paling penting..
Seorang pengembara yang bijak, tidak akan menyusahkan dirinya dengan apa yang ia tidak perlukan. Perjalanannya perlu ringan dan cepat. Apatah lagi semua yang ditinggalkan itu, ada kedapatan di destinasi yang hendak dituju.




“Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan”


ReviewReviewReviewReviewDDDMJul 10, '07 11:56 PM
for everyone
Category:Other
Bismillah...

SEMINAR DAKWAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI KAMPUS
(DDMM Fasa 1)

Tarikh : 15 Julai 2007 (Ahad)
Tempat : Auditorium B, Kuliyyah of Enginering, UIA, Gombak
Masa : 8.30pg-4.30ptg
Yuran : RM 20 (Pelajar - RM 15)
Anjuran: KARISMA Care (K-Care)

"We Care, We Share"

Slot 1: “Pengalaman Sebagai Bekas Penganut Agama Kristian”
oleh Bro Joannes Lukas

Slot 2: Kewajipan Berdakwah
oleh Bro Ahmad Khairy Ahmad Domil

Slot 3: Memahami Masyarakat Cina
oleh Bro Danial Hakim Boey

Slot 4: Memahami Masyarakat India
oleh Bro Mohd. Fitri Abdullah

Slot 5: Cabaran & Halatuju Dakwah di Kampus
oleh Bro Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 11 JUL 2007 (RABU)
DAFTAR SEGERA ! TERBUKA KEPADA SEMUA!


Profil Penceramah:

1. Bro Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester

Former Roman Catholik “Soldier of Christ” from Sabah. Embraced Islam in the United States. Obtained his training in Islam, Da’wah and Leadership through several international organizations in the US. Created and conducted training programs for da’wah to non Muslims all over Malaysia. Well grounded on dakwah to non Muslims in Malaysia due to experience and network. He is the Chairman of Hidayah Centre.


2. Bro Ahmad Khairy Ahmad Domil

A very active da’ie with practical experiences of da’wah to Non Muslims. Experienced with da’wah programs in the society and in the rural areas. He had deliver his speech in many da’wah training programs and have attended several Comparative Religion training.


3. Bro Danial Hakim Boey

Brother Danial has a vast experience of dakwah to non Muslims in Malaysia and also a Committee member in Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). He has conducted training and seminars all over Malaysia in the area of da’wah to non Muslims.


4. Bro Muhammad Ftri Abdullah

A former Hindu. Graduate in business field and formerly holding position at Maybank dan Abrar Finance. He was also a former activist of Hindu preachers. He is now actively in da’wah to non muslims through PERKIM, Al-Hidayah and ABIM Outreach.

5. Bro Joannes Lukas

This young man reverts when he was still studying in a local university and now actively involve in da’wah to non muslims society. This former Christian brother had attended several da’wah training programs.

Sebarang pertanyaan hubungi :
JK Dakwah KARISMA Nasional
KARISMA Care (K-Care)
Bro Mohammad Faizal Abdullah
(care_257@yahoo. com)
012-2921105

ReviewReviewReviewReviewReviewAkademi FisabilillahMar 26, '07 6:45 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Action & Adventure
Bismillah..
INTRO

Jatuhnya pemerintahan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 merupakan satu tamparan hebat terhadap setiap individu Muslim yang cinta kepada agamaNya. Sejak dari saat itu, Islam telah diinjak-injak dan dihina serendah-rendahnya. Dunia Islam telah dibahagi-bahagikan sesama kuffar la'natullah sebagaimana makanan dibahagi-bahagikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Muslim yang berjuang di bawah naungan jihad telah diperangi habis-habisan, sehingga umat Islam yang tinggal hanyalah Muslim yang berkulitkan Islam. Pemikiran dan budaya Barat diagung-agungkan. Al-Qur'an dan as-Sunnah dilekeh-lekehkan. Pemerintahan negara-negara Islam pula diwariskan oleh penjajah kuffar kepada anak-anak didik mereka yang telah kosong roh Islamnya dan boleh diharap untuk meneruskan dasar-dasar penjajah. Hasilnya, tiada satu inci muka bumi Allah SWT pun sekarang ini yang terlaksana di dalamnya syari'at Allah SWT yang Maha Sempurna, yang tidak perlu diragukan lagi sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan semasa.

Namun Allah SWT tetap menepati janjiNya yang Maha Benar. Allah SWT telah menjanjikan menerusi lidah RasulNya, akan muncul setiap 100 tahun seorang Mujaddid yang akan menghidupkan kembali ajaranNya dan menyalakan kembali api perjuangan para Nabi dan Rasul serta para Sahabat. Umat Islam tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kebangkitan para pemuda-pemudi Islam yang menggelarkan diri mereka Ikhwanul Muslimin, dipimpin oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (masyhur dengan susunan Ma'thurat yang disusun oleh beliau) pada tahun 1928 di Mesir. Al-Banna telah menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia pada hari ini. Meskipun umat Islam hari ini dipisah-pisahkan oleh sempadan negara akibat daripada semangat nasionalisme yang ditiup-tiupkan oleh penjajah kuffar, namun Gerakan Islam tetap mara dan utuh di setiap negara Islam dalam mendepani cabaran dan tekanan pemerintah dari segenap sudut. Hanya nama yang memisahkan antara satu Gerakan Islam dengan Gerakan Islam yang lain.

Al-Banna merupakan seorang mujaddid, pejuang, penda'wah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui syahid di jalan Allah… Kini dunia Islam hanya menunggu munculnya mujaddid baru abad ke 21, yang diharapkan mempunyai semangat Salahuddin al-Ayyubi, bagi memimpin umat Islam mendapatkan kembali kota suci Baitul Muqaddis, yang kini dikuasai Yahudi la'natullah.

LATAR BELAKANG

Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di Mahmudiah, dekat Iskandariah, Mesir. Ayahnya, Ahmad ibn 'Abd ar-Rahman al-Banna, merupakan lulusan Azhar yang bekerja sebagai tukang jam, juga seorang imam dan guru al-Qur'an di masjid serta telah menghasilkan beberapa buku berkaitan dengan perundangan Islam. Sebagai anak sulung, al-Banna telah dididik dengan suasana keIslaman dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh ayahnya.

PENDIDIKAN AWAL

Semasa al-Banna kecil, beliau telah diharapkan oleh ayahnya agar menjadi seorang hafiz al-Quran. Al-Banna telah dihantar kepada seorang guru bernama Syaikh Muhammad Zahran yang mempunyai ilmu yang luas dan dalam, bertaqwa serta sangat berwibawa. Cara didikan Syeikh Zahran adalah sangat keras, sehinggakan para pelajarnya, termasuk al-Banna yang masih kecil merasa terbeban dengan hafalan, membaca dan menelaah kitab-kitab, yang faedahnya hanya dapat dirasakan oleh al-Banna setelah beliau dewasa.

Setelah Syeikh Zahran semakin sibuk dengan da'wahnya, sehingga tiada kesempatan untuk terus menjadi guru di sekolah ad-Diniyah ar-Rasyad, ayah al- Banna memindahkan al-Banna ke Madrasah Idadiyah, sambil tetap menyuruh al- Banna menghafal al-Quran di rumah. Pada ketika itu, al-Banna sudah pun menghafal separuh al-Quran.

Minat dan keaktifan Hasan Al-Banna dalam berorganisasi sudah kelihatan sejak dia belajar di madrasah tersebut. Di madrasah itu, al-Banna membentuk organisasi Persatuan Akhlak Mulia (PAM), atas cadangan salah seorang gurunya, yang bertujuan untuk menegakkan akhlak mulia di lingkungan madrasah. Undang-undang pun dibuat oleh mereka sendiri, seperti siapa yang memaki saudaranya didenda 1 millim (mata wang terkecil Mesir), yang memaki ayahnya didenda 2 millim, memaki ibunya, mencela agama, bertengkar, dan sebagainya. Semua yang bertentangan dengan akhlaq mulia, dikenakan denda. Denda akan dilipatgandakan, sekiranya yang melanggar adalah anggota pimpinan organisasi, yang diketuai oleh al-Banna. Wang hasil denda dimanfaatkan untuk kegiatan sosial.

Tidak puas dengan pertubuhan yang hanya mengendalikan pelajar, al-Banna dan teman-temannya membuat organisasi asosiasi keislaman dengan nama Gerakan Anti Maksiat (GAM) untuk memberi teguran melalui surat kepada sesiapa sahaja yang melakukan maksiat. Masing-masing anggota organisasi mengawasi anggota masyarakat, yang terdiri daripada masyarakat biasa, pedagang, hingga syaikh-syaikh (ulama) sekalipun. Bila ada seseorang yang melakukan kesalahan/dosa (perbuatan yg bertentangan dengan syariat Islam) akan dikirimkan surat peringatan, yang dihantarkan secara diam-diam oleh anggota GAM. Tetapi aktiviti rahsia GAM terbongkar oleh seorang pemilik kafe, yang berjaya menangkap pembawa surat teguran yang berisi peringatan atas kesalahan pemilik kafe yang membawa penari wanita di kafenya.

Ketika berusia 13 tahun, Hasan Al-Banna melanjutkan pelajarannya ke Madrasah al-Muallimin al-Awwaliyah di Damanhur walaupun sebenarnya dia belum memenuhi syarat umur minimum 14 tahun. Hafalan al-Qurannya pun belum 100%, tetapi karena mudir madrasahnya melihat kecerdasan al-Banna, beliau memberi pengecualian. Sejak usia muda ini, Hasan Al-Banna mulai tertarik dengan gerakan sufi yang saat itu marak di Mesir. Selain mengikuti zikir tasawuf, Hasan Al-Banna pun aktif ikut halaqoh yang diadakan oleh syaikh-syaikh pemimpin sufi, terutamanya syeikh-syeikh dari tarikat Hashofiyah. Beliau sangat mengagumi tokoh utama dari tariqat ini, yaitu Syaikh Abdul Wahhab al Hashafi bin Syaikh Hasanain al-Hashafi. Penglibatan al-Banna dalam aktiviti kesufian inilah yang telah membuatkan beliau menyedari betapa perlunya pemupukan sahsiah dan akhlak individu untuk menjadi prasyarat kepada proses pengIslaman masyarakat.

Walaupun Hasan Al-Banna mengikuti gerakan sufi, tapi beliau tidak 100% menyetujui cara hidup orang-orang sufi yang berlebihan, seperti beruzlah (mengasingkan diri) dari kehidupan masyarakat umum, untuk untuk memperolehi kenikmatan beribadah untuk peribadi semata-mata. Al-Banna berpendapat bahwa uzlah adalah perlu sesekali waktu, harus tidak berlebihan, tak boleh melebihi garis syara', karena uzlah seperti itu merupakan gudang segala kebajikan.

Al-Banna bukan sahaja hafiz al-Quran, malah menghafal 18.000 bait puisi Arab dan juga ribuan matan hadis.


BELAJAR DI KAHERAH DAN KESEDARAN REFORMASI

Pada 1923, pada usia 16, al-Banna telah memasuki Fakulti Darul 'Ulum, Azhar yang masyhur di Kaherah. Di Azhar, bila teman-temannya memakai pakaian Mesir (topi khas yg bernama tharbus), al-Banna memakai serban Arab, karena ingin mencontohi Rasululloh SAW.

Selama 4 tahun di Kaherah, beliau telah terdedah kepada hiruk pikuk politik di Kaherah pada awal 1920an, dan meningkatkan kesedaran beliau tentang kesan fahaman sekular dan Barat yang telah menembusi masyarakat Islam, hingga ke akar umbi. Inilah yang menyebabkan al-Banna begitu tersentuh dengan keadaan pemuda-pemudi Islam yang hanyut dari ajaran Islam. Al-Banna meyakini perang untuk memenangi hati dan pemikiran pemuda-pemudi adalah begitu penting untuk menyelamatkan Islam daripada serangan hebat Barat.

Semasa belajar di Kaherah, al-Banna menyelami hasil penulisan reformis Islam yang awal, termasuklah Muhammad 'Abduh (1849-1905), yang merupakan guru ayahnya semasa di Azhar. Tetapi yang paling banyak mempengaruhi pemikiran al-Banna merupakan murid 'Abduh, iaitu Rashid Rida (1965-1935). Al- Banna merupakan pembaca tetap al-Manar, majalah yang diterbitkan oleh Rida di Kaherah dari 1898 hinggalah kematiannya pada 1935. Al-Banna berkongsi pendapat dengan Rida mengenai merosotnya tamadun Islam berbanding dengan Barat. Al-Banna juga percaya bahawa fenomena ini hanya boleh diterbalikkan dengan hanya kembali kepada ajaran Islam yang sejati, bebas daripada segala kekotoran yang melemahkan kekuatan mesej Islam yang sebenar.

MENGAJAR DI ISMA'ILIYYAH

Selepas tamat belajar di Darul 'Ulum pada 1927, berusia 21, al-Banna telah menjadi guru bahasa Arab di sebuah sekolah rendah di Isma'iliyyah. Pada masa itu, Isma'iliyyah merupakan pusat pemerintahan Canal Zone dan menjadi ibu pejabat Suez Canal Company (SCC). Ia menempatkan kem tentera dan kediaman bagi pekerja Barat yang mana menjadikan pekerja dan penduduk Mesir di situ sebagai kelas kedua, iaitu menjadi buruh kasar di perusahaan-perusahaan Eropah itu. Kehidupan agama Islam yang dianut penduduk Ismailia pun terumbang-ambing dalam pertentangan khilafiah antara pelbagai kelompok tasawuf.

Tugas al-Banna yang pertama ialah meningkat kesedaran dan penyatuan aqidah di kalangan masyarakat Ismai'iliyyah. Al-Banna melihat kehadiran kuffar ke Isma'iliyyah sebagai pendudukan tentera, pengeksploitasian ekonomi, pencemaran budaya dan kehilangan maruah. Ini meningkatkan semangatnya untuk mengusir British daripada Mesir, dan umumnya, pengaruh Barat.

Daripada saat al-Banna tiba di Isma'iliyyah, beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti masyarakat. Al-Banna berusaha untuk merapatkan diri dengan orang-orang penting di bandar tersebut sambil bergaul mesra dengan seberapa banyak masyarakat umum yang boleh. Al-Banna mengadakan kelas malam untuk ibubapa pelajar dan mengadakan perbincangan yang tidak formal di masjid, kedai kopi, kelab dan rumah persendirian. Mesej asasnya ialah Mesir telah kehilangan rohnya, ia telah menjadi orang bawahan dari segi politiknya dan ekonomi yang terlalu bergantung pada orang lain, akibat daripada melencong dari jalan yang ditentukan oleh Tuhan. Ubat bagi merosotnya kekuatan negara dan masyarakat hanyalah dengan penekanan kepada Islam sebagai cara hidup.

Salah satu kelainan yang dilakukan oleh aa-Banna ialah beliau memulai dakwahnya bukan di masjid kerana takut disalahertikan oleh masyarakat Isma'iliyyah sebagai gerakan tasawuf baru, tetapi di kedai kopi! Mengapa ia memilih kedai kopi? Alasan al-Banna kepada ikhwannya yang kurang setuju dengan cara yang ditempuhnya itu adalah : di kedai kopi, orang-orang sedang rileks dari kesibukan hariannya, mereka fresh untuk mendengar nasihat orang lain, sehingga sangat sesuai kalau berdakwah kepada mereka di saat yang sangat tepat itu. Pada permulaannya, sudah pasti pemilik kafe merasa terganggu, para pengunjung kedai kopi pun merasa hairan. Tetapi oleh kerana al-Banna menyampaikan dakwahnya tidak pernah melebihi 15 menit, pada hari-hari berikutnya para pemilik kafe meminta al-Banna supaya datang lagi, memberikan siraman rohani kepada para pengunjung kedai. Dalam 1 hari, tak kurang dari 10 kedai dikunjungi al-Banna secara bergilir-gilir, padahal jarak antara kedai adalah berjauhan.

LAHIRNYA IKHWANUL MUSLIMIN

Pada Mac 1928, ada 6 ikhwan - yang mendapat pengaruh dari ceramah-ceramah al-Banna yg bermula di kedai kopi, yang kemudian dibawa ke musholla untuk dibimbing secara intensif - mengunjungi al-Banna, mengutarakan kesedihan hati mereka melihat perlaksanaan syari'at Islam di sekitar mereka. Bahkan mereka merasa sudah bosan melihat umat Islam terhina dan terbelenggu oleh penjajah Eropah. Al-Banna tersentuh jiwanya, dan akhirnya terjadi bai'at antara mereka bahawa mereka akan hidup bersaudara, beramal untuk Islam dan akan berjihad di jalan Islam. "Apa nama kumpulan kita ini?" tanya salah seorang di antara 6 orang ikhwan tersebut. Al-Banna menjawab: "Kita adalah saudara-saudara kandung yang berkhidmat kepada Islam. Jadi, kita ini adalah IKHWANUL MUSLIMIN (yang erti sebenarnya: saudara- saudara yang sama-sama muslim)." Itulah sejarah terbentuknya Ikhwanul Muslimin, yang lahir tanpa perencanaan. Ikhwan pada mulanya bertujuan untuk meningkat sahsiah individu dan terlibat dalam aktiviti kebajikan.

Setelah itu, al-Banna mendirikan Darul Ikhwan, dari wang yang mereka kumpulkan sendiri, iaitu dari gaji mereka yang sangat sedikit untuk ukuran saat itu. Bahkan ada salah seorang ikhwan yang harus menjual motosikalnya, karena komitmennya untuk pembangunan itu. Ikhwan yang dimaksud bernama Ali Abul A'la, yang biasanya selalu tiba tepat waktunya di setiap liqo' (pertemuan), tetapi suatu ketika terlambat setengah jam. Al-Banna tertanya-tanya, mengapa Ali sampai terlambat? Tentunya akhi Ali tidak mau berterus terang, tetapi setelah didesak, dia mengaku bahwa dia telah menjual motosikalnya di pasar untuk memenuhi target pembangunan Darul Ikhwan. Sedangkan jarak pasar dan tempat liqo' cukuplah jauh. Demikianlah, dari Darul Ikhwan, dibangunkan masjid. Di sekitar masjid, didirikan madrasah untuk ikhwan, kemudian untuk akhawat

Ikhwan, sejak pada waktu itu, mula menyebarkan prinsip Islam, bahawa Islam itu merupakan "pegangan dan negara, perlembagaan dan perjuangan, serta satu cara hidup". Prinsip ini merupakan asing bagi kebanyakan cendekiawan muslim pada masa itu, yang percaya Islam hanya terbatas kepada dinding- dinding masjid sahaja. Al-Banna menyeru kepada penolakan semua fahaman Barat, menekankan agar kembali kepada asas dan ajaran Islam sebenar. Melalui Ikhwan, al-Banna telah melakukan yang lebih baik daripada pemikir-pemikir lain pada masa itu.

Al-Banna berikhtiar untuk membawa perubahan yang beliau harapkan melalui pembinaan institusi dan aktiviti berterusan di peringkat akar umbi. Dalam usaha menempatkan Ikhwan dalam masyarakat, al- Banna memanfaatkan sepenuhnya social network yang telah wujud, terutamanya yang terbina di antara masjid dan
pertubuhan-pertubuhan Islam lain yang berorientasikan kebajikan. Hubungan yang rapat ini telah diadaptasikan hingga menjadi satu struktur moden, yang menyumbang kepada kejayaan al-Banna. Diletakkan secara langsung di bawah organisasi Ikhwan ialah perniagaan, klinik dan sekolah-sekolah.

Selain itu, setiap ahli digabungkan ke dalam organisasi melalui unit-unit kecil yang dipanggil usrah (keluarga).

PERKEMBANGAN IKHWANUL MUSLIMIN

Pada tahun 1933, di atas kemahuannya sendiri, al-Banna dipindahkan ke Kaherah, di mana beliau turut memindahkan pusat gerakannya. Sejak dari saat itu, Ikhwan telah berkembang dengan pesat dan Kaherah menjadi pusat da'wah. Faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan mendadak ini ialah organisasi dan ideologi kepimpinan yang diterapkan oleh al-Banna.

Pada 1934, Ikhwan telah membuka lebih daripada 50 cawangan di Mesir. Pada hujung 1930an, Ikhwan telah mempunyai cawangan di setiap daerah di Mesir. Ikhwan menubuhkan banyak sekolah, masjid dan kilang. Beliau menerbitkan akhbar harian di Kaherah yang diberi nama "al-Ikhwan al-Muslimoon" yang membolehkan beliau berda'wah dengan lebih meluas, berbanding dengan syarahan. Selepas 1938, Ikhwan mula menampakkan menampakkan luarannya yang bercorak politik. Ikhwan menggesa ke arah dunia Islam yang sejati dan menolak Barat dan sekular. Ikhwanul Muslimin melihat pemikiran sebeginilah yang merosakkan asas masyarakat Islam di era moden, dan menganjurkan kembali kepada Islam sebagai penyelesaian kepada masalah dan penyakit masyarakat Islam.

Pada akhir perang dunia kedua, Ikhwan telah mempunyai 500 000 ahli yang aktif dan lebih kurang 2 kali ganda penyokong (ada sumber yang mengatakan 3 juta). Akitiviti Ikhwan mula melampaui sempadan antarabangsa. Ikhwan turut berkembang dengan pesat di Jordan, Syria, Palestin, Lubnan dan Afrika Utara. Pada awal 1950an, cawangan Ikhwan telah ditubuhkan di Syria, Sudan dan Jordan. Antara 1942-45, al- Banna banyak melawat Jordan bagi mengembangkan sayap Ikhwan di sana. Lebih daripada 2000 cawangan ditubuhkan secara keseluruhannya dan 50 di Sudan. Kemudian, pengaruh Ikhwan telah dirasai di merata tempat di dunia, di Teluk dan negara bukan Arab seperti Iran, Pakistan, Indonesia dan Malaysia.

Dalam usia yang begitu muda, al-Banna telah muncul sebagai pemimpin besar, selaku Mursyidul Am Ikhwan yang pertama. Antara yang berada di bawah pimpinannya ialah tokoh-tokoh hebat seperti Syaikh Muhibbudin Al–Khatib (seorang ahli hadis dan tokoh Jamaah Ansharus Sunnah), Syaikh Amien Al-Husaini (Mufti Palestin), Syaikh Dr Mustafa As-Siba'i (ahli hukum, intelektual dan tokoh pejuang Palestin), Syaikh Muhammad Al-Faraghy (patriot besar yang hanya mahu meninggalkan Iskandariah bila al-Banna yang menyuruhnya, bukannya British dengan segala kekuatan tentaranya).

Peningkatan yang mendadak ini mula menarik perhatian British dan anak didik mereka, iaitu ahli-ahli politik Mesir ketika itu. Mereka mendesak al-Banna untuk tidak meneruskan gerakannya, namun beliau tetap pada kedudukannya. Bahkan Richard Michael, agen CIA di Kedutaan AS di Kaherah, Mesir tampak ketakutan ketika Sirah Nabawiyah yang diajarkan al-Banna telah membangkitkan semangat perjuangan generasi muda muslim.

British pernah menjemput al-Banna ke kedutaan mereka untuk jamuah teh. Beliau telah dipuji di atas personaliti dan karektornya yang baik, serta kerja-kerja kebajikan kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan janda telah diberikan tepukan yang gemuruh. British mengadakan dunia adalah terlalu fragile dan Mesir hendaklah dibina ke arah modenisasi dan kemakmuran. British membayangkan bahawa Ikhwan perlu mendapatkan pertolongan daripada British untuk terus maju.

Al-Banna mendengar dengan sabar, dan kemudian dengan berani dan tegas memberitahu duta British bahawa Mesir dan kesemua harta kekayaannya adalah milik rakyat Mesir dan masa untuk British di Mesir sudah berada di penghujung.

Syaikh Muhammad al-Faraghy – beliau memimpin jihad menentang British di sepanjang Terusan Suez pada tahun 1950-53.
Dihukum mati oleh regim Gamal Abdul Nasser pada 1954

JIHAD DI PALESTIN

Apabila tragedi Palestin berlaku pada 1946, angkatan Ikhwan merupakan antara bala tentera yang aktif. Dengan semangat jihad dan cintakan syahid, angkatan Ikhwan yang serba kekurangan adalah lebih digeruni oleh bala tentera Yahudi la'natullah, berbanding tentera-tentera kerajaan Mesir, Syria dan Jordan yang cukup lengkap dengan peralatan dan latihan, tetapi kosong roh Islam dan tiada pergantungan kepada Allah. Ini adalah bukti bahawa di sana adanya pertolongan Allah yang tidak tertakluk kepada logik akal, dan juga bukti bahawa Ikhwanul Muslimin adalah Gerakan Islam yang benar dan begitu jugalah Gerakan-Gerakan Islam lainnya yang mengikuti jejak langkah Ikhwanul Muslimin.

Angkatan jihad Ikhwan telah pun berjaya sampai ke pintu masuk Tel Aviv dan hampir mampu menguasainya, namun dinafikan oleh pengkhianatan oleh pemerintah-pemerintah Arab pada masa itu. Ini disebabkan mereka bimbang sekiranya Ikhwan mendapat kemenangan, pengaruh dan sokongan terhadap Ikhwan pasti akan bertambah dan sukar untuk disekat. Untuk itu, Raja Faruk telah memenjarakan ramai ahli-ahli Ikhwan. Perdana Menteri Mesir ketika itu, Noqrashi Pasha telah mengharamkan Ikhwan.

Tidak lama kemudian, Perdana Menteri Mesir itu telah dibunuh dan kejadian itu dikaitkan pula dengan Ikhwan. Beberapa bulan berikutnya, segala aset Ikhwan telah dirampas dan beribu-ribu pemuda-pemudi Ikhwan telah ditangkap dan dipenjara.

Pada 1948, al-Banna secara lantang mengatakan bahawa kerajaan Mesir bertanggungjawab di atas kelemahan dan kekalahan tentera Arab dalam Perang Palestin I melawan Yahudi. Akhirnya, al-Banna telah diusir ke bahagian utara Mesir pada tahun 1948.

SYAHIDNYA SEORANG PEJUANG

Akhirnya, satu komplot telah dirancang oleh kerajaan Mesir dan British dan dilaksanakan oleh anjing-anjing mereka untuk membunuh al-Banna. Pada 12 Februari 1949, pada hari yang cerah di sebuah pasar di Kaherah, al-Banna telah ditembak oleh agen kerajaan di hadapan bangunan Persatuan Pemuda Islam. Selepas beliau dibawa ke hospital, beliau telah dibiarkan terlantar di atas lantai dengan darah yang masih mengalir tanpa adanya bantuan dari sesiapa pun untuk menyelamatkan beliau. Dua jam selepas beliau ditembak, beliau meninggal dunia menuju Ilahi. Tiada seorang pun telah dibawa ke muka pengadilan di atas kejadian tersebut.

Al-Banna hanya berusia 43 tahun pada ketika itu. Anak perempuan bongsunya juga dilahirkan pada hari yang sama. Ibunya telah menamakannya 'Ishtisyhad' iaitu kesyahidan (martyrdom).

Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Allah SWT tidak membiarkan perjuangan al-Banna berkubur begitu sahaja lantaran umur dunianya yang begitu singkat. Benih-benih Islam dan kader-kader pejuang hasil tarbiyyah al-Banna tanpa penat lelah telah meneruskan perjuangan al-Banna. Al-Banna sendiri lebih suka "mengumpul orang daripada mengumpulkan maklumat ke dalam buku", dan dengan itu beliau telah membina organisasi Ikhwan dan menyediakan panduan-panduan bagi membolehkan Ikhwan tetap hidup, walaupun tanpa kehadirannya. Hanya sedikit penulisan-penulisan yang dihasilkannya kerana kebanyakkan masanya dihabiskan untuk pentarbiyyahan. Antara bukunya yang terpenting ialah "Warkah Kepada Pelajar Muslim", di mana al-Banna menerangkan prinsip-prinsip Gerakan Islam.

SUMBER KEKUATAN DAN SIKAP AL-BANNA

Antara sumber kekuatan al-Banna ialah semangat untuk berdakwah yang luar biasa, yakin dan puas dengan berdakwah, memberikan dedikasi tertinggi dalam dakwah dengan segala kemampuan dan instrumen yang dimiliki. Semua ini merupakan syarat pokok dan karakter fundamental bagi da'i dan pemimpin. Di tangan mereka inilah Allah mengalirkan kebaikan yang sangat banyak.

Kedua, pengaruh yang sangat dalam terhadap sahabat dan murid-muridnya, serta kejayaan yang cemerlang dalam tarbiyyah dan kaderisasi. Beliau pembangun generasi, pentarbiyah bangsa, pemangku madrasah yang sarat dengan ilmiah, fikriyah dan khuluqiyah. Beliau menjadi simbol dan karakter yang senantiasa hidup, bila dan dimana pun kadernya berada.

Ketiga, hubungan yang rapat dengan Allah SWT. Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Umar at- Tilmisani, pengikut al-Banna yang akhirnya menjadi Mursyidul Am Ketiga Ikhwanul Muslimun. "Pada waktu itu kami sedang melakukan pertemuan di luar kota. Selesai kerja-kerja tersebut kira-kira pukul 12 malam. Kami semua sangat lelah kerana semangat dan kesungguhan kami dalam kerja. Kebetulan kami mendapat bilik yang sama (al-Banna dan Umar at-Tilmissani satu bilik). Saya sudah sangat penat sekali, dan ingin terus tidur, agar esok tidak terlambat bangun solat subuh. Kami berbaring di tempat tidur masing-masing. Tidak beberapa lama beliau memanggilku, "Umar, sudah tidur ?". Aku jawab, "Labbaika, belum Mursyid.". Beliau tidak berkata apa-apa lagi. Tak beberapa lama kemudian, beliau bertanya lagi hal yang sama, "Umar, kamu sudah tidur ?". Aku jawab, "Labbaika, belum Mursyid".

Aku dalam hati bertanya-tanya mengapa beliau melakukan hal ini. Lama beliau terdiam, tiba-tiba beliau memanggil lagi. Karena aku sudah sangat penat, akhirnya aku tidak menjawab, biar disangka beliau aku sudah tidur lelap. Aku sudah sangat penat sekali. Mengira aku sudah tidur, tiba-tiba beliau bangun perlahan-lahan, berjalan sambil memegang kasutnya, menuju bilik mandi. Di dalam blik mandi kudengar beliau dengan sangat hati-hati berwudhu', agar percikan airnya jangan sampai membangunkanku. Kemudian kulihat beliau mengambil tempat di sudut bilik, menghadap kiblat, dan beliau pun solat malam (qiyamullail) beberapa rakaat. Subhanallah. Begitulah ajaran beliau yang sangat melekat di hatiku."

Keempat, mengelakkan masalah khilafiyyah yang hanya menyeret kepada perpecahan. Sebagaimana diceritakan sendiri oleh al-Banna, "Pada suatu malam saya merasakan adanya suatu semangat yang aneh di dada peserta pengajian, iaitu semangat perpecahan. Saya menyaksikan bahwa para peserta pengajian telah mulai berkelompok dengan sesamanya, sehinggakan dalam mengambil tempat pun sendiri-sendiri. Belum sempat pengajian bermula, tiba-tiba saya dikejutkan dengan sebuah pertanyaan, "Bagaimana pendapat Ustaz mengenai tawassul?"

Saya katakan kepadanya, "Wahai akhi, saya yakin bahawa engkau tidak hanya ingin bertanya tentang ini saja, kan? Engkau juga ingin bertanya tentang membaca salawat setelah azan, bacaan surah al-Kahfi pada hari Juma'at, kata sayyidina untuk Rasulullah SAW dalam doa tasyahud, tentang bacaan Al-Qur'an, apakah pahalanya sampai kepada mayat atau tidak, juga tentang halaqoh-halaqoh yang diadakan oleh ahli tarekat, apakah hal itu merupakan bentuk kemaksiatan ataukah taqarrub kepada Allah." Saya sengaja mengungkapkan kepada mereka tentang berbagai masalah khilafiyah yang menjadi sebab terjadinya fitnah dan perselisihan keras di antara mereka. Ia pun hairan terhadap apa yang baru saya kemukakan. Dia menjawab, "Ya, benar. Saya memang ingin jawapan mengenai itu semua."

Saya katakan kepadanya, "Wahai Akhi, saya ini bukan ulama. Saya hanyalah seorang guru biasa yang hafal sebahagian dari ayat-ayat Al-Qur'an, sebahagian hadis Nabi, serta sebahagian dari hukum-hukum agama yang kubaca dari beberapa kitab, lalu saya berupaya mengajarkannya kepada orang lain. Jika engkau membawaku keluar dari lingkup ini, berarti engkau telah membuatku mengalami kesulitan. Siapa yang menjawab tidak tahu, sebenarnya ia telah berfatwa. Oleh kerananya, jika apa yang akan saya katakan dapat memuaskanmu, itulah yang saya inginkan dan silakan dengar. Namun jika engkau menginginkan jawapan dan pengetahuan yang lebih luas, maka tanyakanlah kepada selainku. Tanyakan kepada para ulama yang ahli. Merekalah yang mampu memberikan fatwa kepadamu mengenai apa yang engkau inginkan itu. Adapun saya, hanya inilah keilmuan yang kumiliki. Allah tidak membebani seorang hamba melainkan setakat kesanggupannya."

Saya sengaja mengambil cara seperti ini untuk memudahkan sahaja, sekalipun sebenarnya saya tahu bahawa si penanya itu tidak memperolehi suatu jawapan. Para hadirin, atau paling tidak sebahagian besar dari mereka, merasa lega dengan penyelesaian seperti ini. Namun saya juga tidak ingin kehilangan kesempatan. Karena itulah saya katakan kepada mereka, "Wahai ikhwan sekalian, saya sebenarnya tahu betul bahawa di balik pertanyaan saudara penanya tadi, dan banyak dari kalian, hanya ingin mengetahui tentang guru kalian yang baru ini (al-Banna); termasuk kelompok mana? Apakah saya masuk dalam kelompok Syaikh Musa ataukah kelompok Syaikh Sami? (2 golongan Islam yang besar pada waktu itu). Pengetahuan kalian tentang hal ini sama sekali tidak akan membawa manfaat bagi kalian. Kalian sudah tenggelam dalam iklim fitnah selama lapan tahun. Itu sudah cukup. Masalah-masalah seperti ini sebenarnya telah diperselisihkan oleh kaum muslimin selama ratusan tahun lamanya dan mereka masih saja berselisih. Meskipun demikian, Allah SWT tetap redha apabila kita saling mencintai dan saling menjalin perpaduan. Allah SWT benci apabila kita berselisih dan berpecah belah. Oleh karena itu, saya berharap agar kalian berjanji kepada Allah untuk dapat meninggalkan persoalan-persoalan seperti ini mulai sekarang. Lalu kita bersungguh-sungguh untuk bersama-sama mempelajari dasar-dasar agama dan kaedah- kaedahnya, mengamalkan ajaran-ajaran agama secara umum dan yang kita sepakati bersama, serta kita amalkan kewajipan-kewajipan dan sunnah-sunnahnya sekaligus. Kita tinggalkan sikap takalluf (mengada- ada) dan ta'ammuq (terlalu dalam menyelami persoalan) agar jiwa kita dapat jernih. Tujuan kita hanyalah mengetahui kebenaran, bukan sekadar memenangkan suatu pendapat. Kalau sudah begitu, kita semua secara bersama-sama berupaya mempelajari berbagai persoalan ini dalam naungan rasa cinta, saling percaya, persatuan, dan keikhlasan. Saya berharap agar kalian dapat menerima pendapatku ini dan agar hal ini menjadi suatu janji di antara kita.

Saya bertanya kepada mereka, "Siapa di antara kalian yang bermazhab Hanafi, ke mari!" Salah seorang dari mereka maju. Saya bertanya lagi, "Siapa di anatara kalian yang bermazhab Syafi'i?" Salah seorang dari mereka maju. Saya katakan kepada mereka, "Saya akan solat sebagai imam bagi kedua akhi kita ini. Apa yang akan engkau lakukan tatkala saya sedang membaca al-Fatihah, wahai akhi yang bermazhab Hanafi ?" "Saya akan diam saja dan tidak membaca apa-apa!" jawabnya. "Akhi yang bermazhab Syafi'i, apa yang engkau lakukan?" tanyaku. Ia menjawab, "Saya tetap harus membaca al-Fatihah!" Saya bertanya lagi, "Jika kita telah selesai menunaikan solat, bagaimana pendapatmu, wahai akhi yang bermazhab Syafi'i, tentang shalat saudaramu yang bermazhab Hanafi ini?" Ia menjawab, "Solatnya batal, karena tidak membaca al- Fatihah, karena al-Fatihah merupakan salah satu rukun solat!"

Saya lantas bertanya kepada yang lain, "Lalu bagaimana pendapatmu, wahai akhi yang bermazhab Hanafi, tentang solat saudaramu yang bermazhab Syafi'i ini?" Ia menjawab, "Ia telah melakukan tindakan makruh yang bersifat haram (makruh tahrim)!" Saya bertanya lagi, "Apakah salah seorang dari kalian berdua mengingkari yang lain?" Keduanya menjawab, "Tidak!" Saya bertanya pula kepada hadirin, "Apakah kalian semua mengingkari salah satu dari kedua akhi kalian ini?" Mereka menjawab, "Tidak!" Maka saya pun berkata, "Aduhai, Maha Suci Allah. Kalian lebih baik diam dan memaklumi permasalahan seperti ini, daripada mempertikaikan sah atau batalnya solat dalam tasyahudnya mengucapkan: Allahumma shalli 'ala Muhammad atau Allahumma shalli 'ala sayyidina Muhammad,atau perlunya menggerak-gerakkan jari semasa tasyahud, dan kalian jadikan hal ini sebagai perselisihan yang tak kunjung habis."

IKHWAN SELEPAS AL-BANNA

Pada tahun 1950, Ikhwan dibolehkan semula untuk bergerak, namun hanya sebagai pertubuhan agama. Hassan al-Hudaibi telah dipilih sebagai Mursyidul Am Ikhwan yang kedua. Dengan munculnya regim yang baru di Mesir pada 1952 dan Mesir diketuai oleh Presiden Gamal Abdul Nasser, Ikhwan terpaksa bergerak secara 'bawah tanah' dan diharamkan semula kerana mendesak perlaksanaan undang- undang syari'ah, dan menentang undang-undang sekular. Tuduhan cubaan untuk membunuh Gamal Abdul Nasser di Iskandariah pada 23 Oktober 1954, telah menyebabkan Ikhwan berada di bawah tekanan yang hebat. Enam pemimpin utamanya telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman kerana menderhaka, dan ramai lagi telah dipenjara.

Pada tahun 1966, pemimpin-pemimpin utama Ikhwan telah dijatuhkan hukuman mati (seperti Sayyid Qutb) atau penjara seumur hidup, serta beribu-ribu lagi pemuda-pemudi Ikhwan dipenjarakan. Pada 1970, pengganti Gamal, Anwar Sadat (bekas ahli Ikhwan – pengkhianat), menjanjikan perlaksanaan syari'ah (yang tidak pernah ditunaikan) dan membebaskan ramai ahli-ahli Ikhwan. Namun Ikhwan tidak dibenarkan menyertai pilihanraya pada tahun 1974, menyebabkan Ikhwan bertanding sebagai calon bebas. Mereka memenangi 15 kerusi.

Pada September 1981, sekali lagi ahli-ahli Ikhwan ditangkap. Hampir 2000 orang dipenjara, kerana menentang perjanjian damai Camp David antara Mesir dan Israel. Anwar Sadat akhirnya dibunuh pada 6 Oktober 1981.

Pada tahun 1980an, Ikhwan telah mengalami pembaharuan, selaras dengan semangat keIslaman yang meluap-luap di negara-negara Islam. Pelapis-pelapis baru Ikhwan mempunyai matlamat untuk menyusun masyarakat dan pemerintahan menurut ajaran Islam sebenar, dan mereka mempunyai semangat anti-Barat yang tebal. Kebangkitan Ikhwan di Bandar Hamah, Syria pada Februari 1982 telah dijatuhkan oleh kerajaan Hafiz al-Assad dengan kematian beribu-ribu nyawa. Ikhwan telah bangkit di Mesir dan Jordan pada masa yang sama, dan bermula pada akhir 1980an, Ikhwan muncul untuk bertanding secara sah dalam pilihanraya di negara-negara tersebut.

FIKRAH IKHWAN

Sesuatu pertubuhan yang dikatakan Gerakan Islam hendaklah mendukung ajaran Islam yang syumul. Sekiranya hanya bertujuan untuk satu-satu tujuan sahaja, seperti da'wah semata-mata, ia bukanlah sebuah Gerakan Islam. Ikhwanul Muslimin, sebagai Gerakan Islam, mencakupi :

Da'wah Salafiah
Kerana mereka menda'wahkan agar Islam dikembalikan kepada sumbernya yang suci iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya

Tariqat Sunniah
Kerana mereka mewajibkan menjalankan sunnah Rasulullah SAW yang suci dalam semua hal, terutama dalam bidang aqidah dan ibadah, selama mereka mampu melakukannya

Hakikat Sufiah
Kerana mereka memahami, bahwa asas kebaikan adalah kebersihan jiwa, kesucian hati, istiqamah dalam beramal, menjauhi keduniaan, kasih sayang karena Allah dan selalu terikat dengan kebaikan

Haiah siasiah (Pertubuhan Politik)
Kerana mereka menuntut agar dilakukan perbaikan terhadap hukum pemerintahan dalam negeri. Sedangkan mengenai hubungan luar negeri, mereka menuntut agar pemerintah mengubah pandangannya terhadap masalah hubungan kaum muslimin dengan ummat Islam lainnya. Mereka juga menuntut agar bangsa muslim dididik dengan penuh 'izzah'(kebanggaan) dan kemuliaan diri dan seboleh mungkin memperhatikan golongan ummat Islam

Jama'ah Riyadhiah (Kumpulan Jasmani):
Kerana mereka sangat memperhatikan keadaan jasmani mereka. Mereka memahami bahwa mu'min yang kuat itu lebih baik dari mu'min yang lemah. Mereka mengetahui bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: 'Sesungguhnya badanmu mempunyai hak atas dirimu'. Mereka juga mengetahui bahwa semua beban Islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan benar kecuali dengan tubuh yang kuat. Solat, puasa, haji dan zakat memerlukan badan yang mampu menahan lelah. Demikian pula halnya dengan berusaha dan berjuang mencari rezeki. Dengan alasan inilah, mereka sangat memperhatikan fizikalnya dan dan sentiasa menjalani latihan jasmani, seperti tamrin dan kem

Rabithah ilmiyah tsaqafiyah (Ikatan ilmiyyah)
Kerana Islam telah memerintahkan bahawa menuntut ilmu wajib atas setiap muslim dan muslimah. Dan pada hakikatnya kelompok-kelompok Ikhwan merupakan sekolah- sekolah dan usrah-usrah yang bertujuan belajar dan mencari ilmu pengetahuan. Di samping itu, juga sebagai akademi akademi pendidikan jasmani, akal dan ruh

Syirkah Iqtishadiyah (Usaha-Usaha Ekonomi)
Sebab Islam memperhatikan hal perolehan harta dan penggunaannya. Seperti yang dinyatakan Rasulullah SAW : "Harta yang paling nikmat adalah harta yang baik yang dipegang oleh seorang yang soleh'. Selanjutnya beliau bersabda: 'Barang siapa yang hidup sampai petang bekerja dengan tangannya, dia akan berada dalam keampunan". Sabdanya lagi: 'Sesungguhnya Allah mengasihi Mu'min yang punya pekerjaan"

Fikrah Kemasyarakatan
Kerana mereka memperhatikan penyakit-penyakit masyarakat Islam, dan berusaha mencari jalan penyembuhan ummat dari penyakit tersebut



MURSYIDUL AM IKHWAN

Antara Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang terawal ialah :

i) al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna
ii) Hassan al-Hudaibi
iii ) Umar at-Tilmissani
iv ) Muhammad Hamed Abul-Nasr
iv ) Musthofa Masyhur

BEBERAPA TOKOH IKHWAN

As-Syahid Sayyed Qutb (Mesir)
As-Syahid Abdul Qader 'Audah (Mesir)
Sheikh Mustapha Al-Siba'yi (Syria)
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi (Qatar)
Sheikh Sa'eed Hawwa (Syria)
As-Syahid Abdullah 'Azzam (Palestine – syahid di Afghanistan)
Sheikh Muhammad Ahmad Al-Rashid (Iraq)
Sheikh Abdul-Fattah Abu Ghuddah (Syria)
As-Syahid Sheikh Ahmad Yaseen (Palestine – mengasaskan HAMAS)
Sheikh Sayed Sabiq (Mesir)
Sheikh Muhammad Al-Ghazaly (Mesir)
As-Syahid Sayyed Qutb

BEBERAPA KISAH IKHWAN

Kisah daripada al-Banna : Pada satu hari, saya melawat akhi Sayyed Abus Su'ud di kedainya dan melihat akhi Mustafa Yusuf membeli sebotol minyak wangi daripadanya. Mustafa berkeras untuk membayar 10 piaster (matawang) untuk minyak wangi tersebut, sedangkan Abus Su'ud mengatakan harganya hanya 8 piaster. Kedua- duanya tidak mahu mengalah. Saya amat terharu melihatkan keadaan ini, dan meminta invois daripada Mustafa untuk melihat harga modal minyak wangi tersebut. Harganya 96 piaster untuk satu dozen, bererti 8 piaster untuk satu botol.

Saya berkata kepada Abus Su'ud, "Saudaraku! Bagaimana anda ingin menyara hidupmu, sedangkan anda tidak mahu mengambil untung dari saudaramu, dan musuh pula tidak mahu membeli di kedaimu?". Dia menjawab, "Aku dan saudaraku seperti badan yang satu." Saya berkata pula kepada Mustafa, "Mengapa anda tidak menerima budi baik saudaramu?" Dia menjawab, "Jika saya membeli di tempat lain, harganya ialah 10 piaster, jadi adalah lebih baik saya membayar harga yang sama kepada saudaraku!". Akhirnya mereka bersetuju dengan harga 9 piaster.

Di satu pusat latihan Ikhwan bagi melatih sukarelawan-sukarelawan yang ingin berjihad di Palestin pada tahun 1947, seorang ahli Ikhwan, yang merupakan seorang petani, datang untuk mendaftar dan membawa bersamanya seekor lembu. Ahli Ikhwan yang bertugas di pusat pendaftaran amat terkejut, dan bertanya, "Saya faham yang anda ingin menyertai angkatan mujahidin, tetapi kenapa anda membawa lembu bersama?"

Dia menjawab, "Tidakkah Allah memerintahkan kita untuk berjihad di jalanNya dengan nyawa dan juga harta benda? Lembu ini sahajalah harta yang saya ada!".

Akhi Hafizh merupakan seorang tukang kayu. Pada suatu hari, dia diminta oleh Monsieur Saulant, seorang Pegawai Tinggi Terusan Suez yang berasal dari Perancis, untuk membaiki perabot di rumahnya. Pemuda itu menyebut kos membaiki sebanyak 130 qirsy. Monsieur berkata, ''Itu terlalu mahal. Penjahat kamu mengambil upah melebihi hakmu!'' Dengan tenang, Hafizh menjawab, ''Saya tak akan mengambil upah melebihi hakku. Kalau tak percaya tanya saja orang bawahan Anda. Kalau ternyata tuduhanmu benar saya bersedia bekerja tanpa dibayar. Namun, jika saya yang benar, anda bayar upah sebanyak yang saya minta, tanpa harus ditambah.'' Ternyata, menurut orang bawahan, Hafizh berhak atas upah 200 qirsy. Maka, dia pun menyuruh Hafizh memulakan pekerjaannya.

''Baik, tetapi anda telah menghinaku. Maka, anda harus minta maaf dan mencabut kata-kata itu," kata Hafizh. ''Minta maaf padamu? Kamu ingat kamu siapa? Seandainya Raja Fuad pun, saya tak akan minta maaf,'' jawab si Perancis dengan bongkak. ''Kalau saya tak meminta maaf, apa yang boleh kamu lakukan?"

''Mudah saja. Saya laporkan anda ke kedutaan dan konsulat anda. Saya juga boleh laporkan ke media massa Perancis. kemudian saya umumkan juga di jalan-jalan dan kedutaan-kedutaan asing yang lain. Saya akan berjuang mendapatkan hakku dengan apa cara pun,'' katanya tegas.

Monsieur Saulant terkejut mendengar jawaban tukang kayu itu. ''Seolah-olah saya sedang bicara dengan seorang diplomat, bukan tukang kayu.'' Akhirnya dia meminta maaf dan menarik balik tuduhannya. Apabila selesai Monsieur membayar lebih, 150 qirsy. Tetapi, Hafizh tidak mahu menerima tambahan. Dia mengembalikan 20 qirsy. ''Saya tidak mahu ambil apa yang bukan hakku, supaya tidak jadi penjahat!'' Monsieur kehairanan. ''Mengapa tidak semua buruh Arab sepertimu. Kamu keluarga Muhammad, ya?''

''Monsieur Saulant, ketahuilah semua muslim adalah keluarga Muhammad. Namun, kebanyakan mereka telah bergaul akrab dan meniru monsieur- monsieur seperti kamu, akibatnya rosaklah akhlak mereka.''

PENUTUP

Berpandukan kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin inilah munculnya Gerakan-Gerakan Islam yang lain di setiap watan (negara) Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah Jami'at E Islami (Pakistan – diasaskan oleh Sayyid Abul A'la al-Maududi), Parti Refah (Turki – diasaskan oleh Najmuddin Erbakan, telahpun diharamkan dan beliau telah dipenjara. Parti AK yang memerintah Turki pada hari ini, yang diketuai oleh Recep Tayyip Erdogan, ialah hasil tarbiyyah Najmuddin), FIS – Front Islamique du Salut (Algeria – memenangi pilihanraya pada 1990, namun dijatuhkan oleh kuasa tentera, beribu-ribu ahli dibunuh dan dipenjara), HAMAS - Harakah Muqawwamah Islamiah (Palestin) dan Gerakan- Gerakan Islam lain yang diasaskan berdasarkan ideologi Ikhwan.

Gerakan-gerakan ini bergerak serentak di seluruh dunia, mendepani cabaran mengikut keadaan dan suasana di watan masing-masing, namun mempunyai wihdatul fikr dan wihdatul amal yang satu. Muktamar di peringkat antarabangsa sering diadakan dan Gerakan-gerakan Islam kini bergerak untuk menegakkan khilafah dan membebaskan bumi Islam dari musuh kuffar dan juga yang bertopengkan Islam.

Seharusnya kita menggabungkan diri dengan Gerakan-Gerakan Islam yang benar (akan hanya ada satu sahaja Gerakan Islam di antara pertubuhan-pertubuhan Islam yang pelbagai di sesebuah watan), agar tidak ketinggalan atau bersendirian dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW yang tercinta. Allahu Akbar!!!

Ameen..Jazakallahu Kahiran Khatiran..


ReviewReviewReviewReviewReviewHatiku Milik-Mu..Mar 22, '07 3:18 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Other
Bismillah..

Maaflah, cerita ni panjang sket. Tapi mmg best bila dibaca! Mengenai persahabatan, cinta, dakwah dan sebagainya!

Penulis:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Editor:DR. SALBIAH SELIMAN

HATIKU MILIKMU

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila…

‘’Umar, kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..
‘’A’ah!’’ Umar mengangguk ringkas.
‘’Beli yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.
‘’Separuh harga?’’ acah Umar.
‘’Beres. Kau nak sekarang ke?’’
‘’Tak nak…’’ Umar acuh tak acuh.
‘’Cis, buang karen je!’’ bentak Fathil.
‘’Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?’’ Umar meragui.
‘’Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?’’ Fathil berwajah serius.
‘’Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,’’
‘’Tak sampai pun sebulan…’’ Fathil membetulkan fakta.
‘’Habis tu, nak beli yang lain pulak?’’
‘’Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,’’
‘’Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?’’
‘’Biasalah…lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm…tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar…tak pernah bermak we,’’ Fathil meluahkan.

Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya.

(Siapa yang tidak cemburu…dan, kau tahu Umar….kaulah lelaki itu)

‘’Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau…’’ Umar menyindir.
‘’Eleh…nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,’’
‘’Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!’’ sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
‘’Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!’’ Fathil pula mengenakan Umar.
‘’Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…aku malas je!’’
‘’Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle Maziah,’’ Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.
‘’Maziah mana pulak ni?’’
‘’Classmate aku. Sombong betul dia…buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, *** tu bagi jalan kat aku,’’
‘’Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,’’
‘’Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan… Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,’’
‘’Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..’’ Umar menolak cabaran.
‘’Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun…’’ wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber café,manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chitchat.

(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah…) bisik Fathil.

Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset.
Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.

‘’Hello! Fathil…’’ suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.
‘’Err, hello. Fathil tak der,’’ Umar gugup berhadapan suara itu.
‘’Ah, alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah…’’suara itu mendesak.
‘’Betul…dia keluar. Sumpah!’’ Umar meyakinkan.
‘’Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?’’
‘’Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,’’
‘’Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika…semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,’’ suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.
‘’Tapi, tak semua….’’ Umar membela kaumnya.
‘’Fika tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,’’
‘’Err, suatu hari nanti jumpa lah….’’
‘’Huh, entah bila…’’
‘’Berdoalah pada Allah,’’
‘’’Berdoa?’’ gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.

(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.

‘’Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!’’ gadis itu melawak sambil ketawa lagi.

Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti.Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya dulu.

Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran.

(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)
(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)

Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.

‘’Hello, Fika ni!’’
Gurlp! Umar menelan liur.
‘’Hello!’’ balas Umar.
‘’Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,’’
Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
‘’Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?’’
‘’Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,’’
‘’Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…’’
‘’Ish, tak der lah. Biasa je…’’
‘’Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?’’
‘’Abang?!’’ Gurlp!!!
‘’A’ah….tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!’’
‘’Err…’’ kelu lidah Umar.
‘’Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika,
sms lah…miss you my hero! Ummmwah…’’

Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.

‘’Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?’’ Fathil mengajak.

Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi dia diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya.

‘’Tak minat!’’ balas Umar. Ringkas.
‘’Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jom lah Umar, aku bukannya ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apa malam ni…bosanlah!’’
‘’Aku tak nak!!’’ tegas Umar.
‘’Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?’’ Fathil tahu kelemahan Umar, seterusnya cuba menjerat.
‘’Tapi…Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni…’’
‘’Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Aku segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntah macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!’’
‘’Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif ngan Faizi bukan! Mereka kawan baik aku,’’
‘’Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku…’’
‘’Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingat aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nak ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,’’
‘’Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah…’’ Fathil ragu-ragu.
‘’Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!’’
‘’Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan. Macam ni lah yang aku nak…’’

Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng di belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara Umar dan Fika.

‘’Eh..eh.. Maziah lah!’’ Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah.
‘’Yang mana?’’
‘’Tu, tu, baju putih…’’

Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.

‘’Nampak tak?’’ suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.
‘’Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat,’’balas Umar.
‘’ Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-be