Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Strive Mardhatillah.....
 Hidup adalah mujahadah...

HomeAhlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum...Feb 14, 2007
  
Bismillah...
Salam sume...
May you all share with me...sedikit sebanyak untuk perkongsian ilmu n percambahan idea...
"Sesungguhnya persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran,bertunjangkan kasih sayang,lalu membuahkan kemanisan ikatan.Jika terpesong maka patahlah ranting,reputlah akar lalu rosaklah buah.Teman sejati bukanlah semestinya sentisa dekat jaraknya tetapi yang sentiasa di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya"
 Ya Allah,Kau genggamlah hati-hati kami ini yang terlalu mencintaiMu dan merindui pertemuan denganMu...agar cinta kami ini tidak terpalit dengan dosa dan noda...Ameen."
 
Sedikit reminder...kematian tidak mengenal usia..
 dan kita di dunia hanya sementara.. dan pasti ada yang berkata, saat remaja itulah yang paling mencabar.. segala-galanya kita mahukan.. rasa rugi tertinggal pada usia remaja..
 tetapi.. ingatlah kebahagian dan keseronokan yang sebenar bukan di dunia.. kita hidup dalam keadaan kita sekarang adalah satu ni’mat yang besar..
 tapi ingat.. kita tidak korbankan kesenangan dunia yang menipu ini tanpa bayaran.. Allah sangat pemurah, diciptakan kita secara percuma, lalu dikatakan olehNya, Dia membeli kita..
subhanAllah.. dimanakah hendak kita katakan kekuranganNya?.. Dia yang menciptakan kita, lalu dikatakanNya kita telah dibeli.. subhanAllah.. walhal menjadi milik seseorang itu apa yang diciptakannya.. tetapi bagi Allah tidak..
Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mulia.. Dia yang menciptakan kita.. kemudian kita dibeli olehnya.. kita yang sepatutnya tidak mendapat apa-apa.. kita yang sepatutnya hambaNya semata-mata.. diangkat dan dimuliakan oleh Allah dengan pembelian ini..
 firmanNya..
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
 (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”.
Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (Surah as-Saff [61]:10-13)

 “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?
Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah [9]:111)

Kesimpulannya.. bagi saya.. andai kata kita benar-benar ingin jadi orang yang beriman.. juallah diri kita dan harta kita..
bermujahadahlah..
 apabila sesuatu itu dijualkan.. maka kita tidak ada hak ke atas apa yang dijualkan lagi.. dan andai kata kita telah menjualkan diri kita.. apakah masih ada hak untuk kita mengatakan “aku nak buat ini, aku nak buat itu” sedangkan Pembeli kita telah katakan sebaliknya..
selamilah perdagangan ini..
hayatilah jual beli ini..
renungilah perniagan ini.. satu perniagan yang unik.. perniagaan yang tidak akan rugi..
janji ini bukan daripada saya yang juga mengemis dan menjaja diri untuk dibeli.. tetapi inilah janji Rabb.. Khaliq.. Tuhan.. Pencipta.. Tuhan saya.. dan Tuhan kamu.. Rabbi wa Rabbuk..

 Terkadang ketika kita di hadapkan dalam suatu masalah sebaiknya kita hadapi dengan penuh pemikiran yang matang,ketika kita berdiam jadikanlah dalam diam kita sebagai emas untuk memikirkan sesuatu yang bermanfaat,gunakanlah otak kita untuk berfikir yang bisa membuat kita menjadi lebih maju,renungkanlah sebelum kita bertindak agar kita tidak menyesal di kemudian

 Maafkanlah segala dosa-dosaku
 Daku hanyalah seorang insan biasa Mencari kasih Ilahi yang abadi
Duhai Ilahi....kasihanilah daku, kekallah diri ini dalam iman yang abadi
Dan hanya kepada-Mu, daku berharap...
.
Photo AlbumMiniature GardenJul 6, 2010
ddd
dThumbnaild
ddd
What do I likes most..
3 Photos, 2 comments
ddd
dThumbnaild
ddd
Hari Raya 1430H
24 Photos
ddd
dThumbnaild
ddd
promotion popia
3 Photos
ddd
dThumbnaild
ddd
our convocation day..
11 Photos

   View All
.
Blog EntryTausiyah^-^Mar 24, 2010
Subhanallah,my ear cannot stop from learning and absorb all the lyrics from this natsukashi song..masyaAllah,sgt merdu dear..below,i write the lyrics for your eyes to lands off..the song?wait for the album ok..(aku promote..huhu) KEKASIHKU... more
Previous blog entries:
Dec 3-Building Bridges of Respects..
Nov 13-PERISTIWA MATI YANG SERING DIPINGGIRKAN..
Jul 26-Adakah kita seorang da’i?
   View All
.
VideoVIDEOKU..=) Oct 26, 2008
Thumbnailthe most remarkable story ever
Previous videos:
Mar 15-Explaining Islam
Mar 15-Son Goku vs Kenshiro
   View All
.
ReviewQudwahMar 1, 2009
ThumbnailBismillah..

Shicida Methods - Jadikan Anak Anda Pandai
www.iLuvislam.com


BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu... more
Previous reviews:
Apr 28-Tariq..
Mar 16-HARI ESOK UTK ISLAM...
Nov 10-BAJA MUJAHADAH..
   View All
...
..
MusicMusic of the soulSep 26, 2008
Ni movie japan nye OST..lagu ni menusuk..best gak..cite die psl kisah benar seorg pesakit saraf..search kat youtube,blh tgk full drama ni..
Previous playlists:
Jul 16-Antara 2 cinta
Jul 11-OPick..Izzatul Islam^^
Mar 14-halwa telinga
   View All
...
.